Wednesday, April 25, 2012

Gosip - Alex Ferguson berminat dengan aksi Eden Hazard.

     Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson berkata beliau berminat dengan pemain Lille Eden Hazard. Pemain antarabangsa Belgium yang berusia 21 tahun itu dikaitkan dengan beberapa kelab ternama Eropah termasuk Manchester City, Arsenal, Chelsea dan Tottenham, dan Ferguson menyaksikan Hazard ketika Lille menentang Lyon pada 10 Mac lalu.

     Pengurus berbangsa Scotland itu memberitahu stesen radio Perancis RMC Sport: "Saya datang untuk menyaksikan Lille menentang Lyon dan mengikuti Hazard, bersama pemain-pemain lain.

     "Beliau pemain yang bagus dengan memiliki beberapa kualiti. Beliau sangat pantas terutama pada jarak 10 ela pertama."

     Hazard menjadi pemain profesional paling muda dalam Ligue 1 pada usia 16 tahun tiga bulan, dan menjaringkan 32 gol dalam 142 perlawanan buat Lille. Ini termasuk 16 dalam 33 perlawanan musim ini. Beliau membuat penampilan antarabangsa pertama pada usia 17 dan menjaringkan satu gol daripada 26 penampilan setakat ini.

     United gagal menggantikan Paul Scholes musim panas tahun lalu yang mana didominasi gosip perpindahan Wesley Sneijder. Pemain Belanda itu akhirnya kekal bersama Inter Milan. Ferguson juga terlepas Samir Nasri, yang memilih Manchester City.

     Seminggu selepas Ferguson menyaksikan Hazard secara peribadi, pengurus City Roberto Mancini juga melihat sendiri aksi pemain tersebut yang juga boleh beraksi di bahagian sayap.

     Ada juga khabar angin mengatakan Ferguson membuat tinjauan rakan sepasukan Hazard Mathieu Debuchy, bek kanan 26 tahun yang baru-baru ini tersenarai dalam pasukan kebangsaan Perancis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...