Friday, April 27, 2012

Danny Welbeck bakal tandatangan perjanjian baru.

     Danny Welbeck akan berunding dengan Manchester United mengenai perjanjian baru penghujung musim ini. Wakil Welbeck memberitahu United bahawa penyerang tersebut mahu menandatangani kontrak baru dan kekal di kelab.

     Kedua pihak melewatkan perbincangan ke penghujung musim, dengan kejuaraan liga masih belum ditentukan menjelang Manchester derby Isnin ini di Manchester City.

     Welbeck muncul sebagai pemain penting buat United musim ini, mengatasi Javier Hernandez sebagai gandingan utama serangan Wayne Rooney. Walaupun Welbeck masih mempunyai satu musim dalam perjanjian sekarang, kedua pihak United dan Welbeck tidak mahu tergesa-gesa mempersetujui perjanjian baru.

     Dengan pengakuan Welbeck mengatakan yang beliau gembira di Old Trafford dan tidak mahu berhijrah ke mana-mana, perjanjian mengenai aspek komersial lain mungkin menimbulkan isu. Anak kelahiran Manchester itu sekarang menerima sekitar £15,000 seminggu dan semua itu mungkin mencecah £50,000 mengikut tawaran baru daripada United.

     Kontrak baru tersebut bagaimanapun termasuk insentif, dengan bonus berkaitan dengan sasaran gol semusim, penampilan kelab dan antarabangsa, juga bagaimana pencapaian United. Pemain 21 tahun itu telah membuat 38 penampilan musim ini, menjaringkan 12 gol dan aksi konsisten yang dipamerkan menyebabkan nilai beliau melonjak ke £20 juta.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...