Friday, April 27, 2012

Alex Ferguson - Manchester United mahu menang.

     Sir Alex Ferguson telah berjanji bahawa Manchester United akan memburu kemenangan pada perlawanan derby Isnin ini - walaupun menyedari keputusan seri juga memberikan pasukannya kelebihan dalam konteks perebutan juara liga.

     Pengurus itu mahu para pemainnya membetulkan kesilapan selepas melepaskan kedudukan 4-2 ke atas Everton minggu lalu dan memberikan para penyokong Old Trafford keseronokkan. Dengan pengalaman yang dimiliki kesebelasan United, beliau yakin pasukannya mampu melangkah ke depan menuju gelaran liga ke 20.

     "Saya rasa apabila jadual perlawanan dikeluarkan sebelum musim bermula, semua pihak menumpukan pada perlawanan ini," kata Ferguson.

     "Ia tidak dapat dielakkan, mungkin. Namun kami berada di mana kami berhak berada dan apa yang berlaku sebelumnya tidak bermakna, siapa yang keguguran mata dan siapa tidak. Semuanya tertumpu kepada perlawanan ini. Pastinya (perlawanan derby) menjanjikan atmosfera yang luar biasa dan saya harap benar ramalan saya. Saya tidak tahu berapa negara yang akan menontonnya dan diharapkan ia bakal menyajikan perlawanan hebat.

     "Kami masih merasai kekecewaan perlawanan sebelum ini. Dalam konteks sejarah kelab memang kami jangkakan. Kami cenderung untuk menyukarkan diri sendiri. Penyokong kami biasa dengan 'drama' sebegini saban tahun. Tiada siapa tahu bagaimana perasaan para penyokong kami di luar sana sekarang, namun harap kami mampu membetulkannya Isnin ini."

     Usaha Roberto Mancini yang mendakwa United berkelebihan kukuh untuk gelaran juara manakala pasukannya hanya memiliki peluang kecil tidak langsung memberikan kesan kepada pengurus yang memiliki pengalaman luas itu.

     "Roberto mahu mengurangkan tekanan kepada pemain-pemainnya," tegas beliau. "Itu tidak mustahil namun tidak memberikan apa-apa. Ia tidak akan memberi kesan kepada pendekatan kami terhadap perlawanan ini.

      "Kami tahu situasi sebenar kami berada. Kami mempunyai kelebihan berbanding City. Kami boleh menerima dua keputusan, di mana mereka hanya satu iaitu perlu menang. Walaupun semua orang tahu sikap saya dan kelab sendiri - cuba untuk menang."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...