Friday, April 13, 2012

Paul Scholes untuk pasukan England.

     Kepentingan Paul Scholes kepada pasukan Manchester United ditonjolkan selepas kekalahan 1-0 di Wigan, juga masih mampu beraksi buat England, demikian mengikut pandangan rakan sepasukan Phil Jones dan Chris Smalling.

     Ia tiada kebetulan melihat Scholes di tempat duduk penonton ketika kekalahan pertama United dalam 13 perlawanan liga sejak pemain 37 tahun kembali daripada persaraan hujung musim lalu.

     Scholes sekali lagi menjadi tonggak utama di bawah Sir Alex Ferguson, dalam 12 perlawanan liga yang beliau terlibat selepas kembali United berjaya mencatat 34 mata daripada 36.

     Jones pula berpendapat pemain midfield itu, yang bersara daripada arena bolasepak antarabangsa pada 2004 dan menolak tawaran untuk ke Piala Dunia dua tahun lalu, masih boleh memberikan impak kepada England dalam kejohanan Eropah musim panan ini.

     "Saya tidak nampak mengapa tidak," luah Jones. "Saya rasa selagi anda berada selangkah atau dua di depan (segi mental) berbanding pemain lain di atas padang, walaupun orang lain berpendapat anda perlu punyai kepantasan. Namun saya fikir jika anda bijak membaca perlawanan, saya tidak fikir faktor usia menjadi penghalang.

     "Beliau pemain hebat. Saya masih ingat ketika perlawanan testimoni beliau pada permulaan musim. Itu merupakan pertama kali saya bermain dengannya dan ia amat luar biasa. Apabila anda menyaksikan beliau semasa latihan dan apa yang beliau lakukan amat mengagumkan anda."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...