Dan sekiranya kedua pasukan mendapat keputusan yang sama dalam empat perlawanan seterusnya, United boleh bergelar juara dalam perlawanan Manchester Derby di stadium Etihad 30 April ini.
Situasi tersebut pastinya senario paling tepat kepada United, yang hingga kini masih dihantui kekalahan memalukan 6-1 kepada City di Old Trafford Oktober tahun lalu.
Rooney mengakui: "Kami cukup bagus untuk mengalahkan mereka (di Etihad). Kami telah tunjukkan ketika kami menang 3-2 pada perlawanan Piala FA Januari lalu.
"Mereka memiliki rekod hebat di laman sendiri dalam liga namun kami berjaya mendapat keputusan diingini (Piala FA). Itu menunjukkan kami boleh menang di sana. Kami hanya perlu bermain seperti biasa.
"Kami akan pergi ke sana bersama keyakinan tinggi dan diharap mampu mendapat tiga mata. Pendekatan kami sama sebagaimana perlawanan lain. Tiga mata akan menjadi rebutan dan kami cuba untuk mendapatnya. Ia tidak berubah."
Kenyataan Liga Perdana menegaskan United tidak berpeluang untuk acara penyerahan trofi liga di tempat City. Namun itu tidak akan menghalang United daripada cuba untuk memberikan tamparan hebat kepada seteru mereka sekiranya berjaya muncul juara di depan penyokong-pennyokong fanatik tuan rumah di Etihad.
![]() |
Rooney bersama Charlton. |
Pada masa yang sama Rooney telah menetapkan sasaran rekod jaringan Bobby Charlton buat United. Beliau yang telah menjaringkan 28 musim ini, membawa beliau kepada 175 gol dalam karier bersama United.
Jumlah itu memisahkan beliau dengan beza empat gol daripada lagenda kelab Dennis Viollet dan George Best, yang berkongsi tempat keempat. Rooney, 26 tahun meletakkan jumlah Charlton 249 sebagai sasaran utama.
"Sudah tentu, ia akan menjadi satu perasaan luar biasa jika saya dapat mengatasi rekod beliau," Rooney memberitahu majalah Inside United.
"Saya masih jauh namun harap, suatu hari nanti, saya mampu melakukannya. Viollet dan Best adalah pemain lagenda kelab dan untuk dapat menghampiri rekod jaringan mereka adalah sesuatu yang saya banggakan. Harap-harap saya dapat atasi rekod mereka tidak lama lagi."
Senarai top 10 penjaring terbanyak Manchester United.
- | Pemain | Jumlah gol | Jumlah penampilan | Nisbah gol/perlawanan |
---|---|---|---|---|
1. | Bobby Charlton | 249 | 758 | 0.33 |
2. | Denis Law | 237 | 404 | 0.59 |
3. | Jack Rowley | 211 | 424 | 0.50 |
4. | George Best | 179 | 470 | 0.38 |
4. | Dennis Viollet | 179 | 293 | 0.61 |
6. | WAYNE ROONEY | 175 | 358 | 0.49 |
7. | Joe Spence | 168 | 510 | 0.33 |
8. | Ryan Giggs | 163 | 905 | 0.18 |
8. | Mark Hughes | 163 | 467 | 0.35 |
10. | Paul Scholes | 152 | 691 | 0.22 |
No comments:
Post a Comment