Thursday, April 5, 2012

Nemanja Vidic - Manchester United tidak hanya bergantung kepada seorang pemain.

     Pertahanan dan kapten Manchester United Nemanja Vidic berkata beliau tidak pernah sangsi bahawa rakan sepasukan punyai segala yang diperlukan sepanjang ketiadaannya.

     Pemain antarabangsa Serbia itu diusung keluar akibat kecederaan serius ketika kekalahan kepada Basel dalam perlawanan Champions League Disember lalu.

     Pada masa itu, kebanyakkan penyokong dan pemerhati bolasepak mula menafikan peluang United untuk merangkul sebarang trofi musim ini, malah tersingkir ke kejohanan Europa League tanpa khidmat kapten mereka.

     Walaubagaimanapun, prestasi pemain-pemain seperti Jonny Evans dan David de Gea memastikan pasukan Sir Alex Ferguson tidak merasai kehilangan tonggak dan kapten mereka di bahagian pertahanan.


     "Saya sentiasa percaya kami akan memberi cabaran kepada gelaran liga," Vidic memberitahu pemberita. "Tidak kira siapa tidak dapat beraksi. Manchester United tidak bergantung kepada seorang pemain. Jika anda lihat sebelum ini, pemain-pemain pergi meninggalkan kelab dan para penyokong berkata bagaimana kami menghadapinya?

     "Namun pengurus (Sir Alex Ferguson) adalah individu yang tebaik dalam menggantikan pemain-pemain dan pasukan masih memenangi gelaran juara liga dan trofi lain. Itulah keistimewaan Manchester United."

     Juara bertahan liga telah mengalami beberapa masalah kecederaan kepada beberapa pemain utama musim ini, dan memaksa Ferguson memanggil pemain-pemain pelapis muda menggantikan tempat. Dan Vidic sendiri kagum bagaimana mereka (pemain muda) berjaya melakukan tugas diberi walaupun berdepan dengan tanggungjawab besar.

     "Kami tidak jangka pemain-pemain muda akan terlibat dalam banyak perlawanan dan memberikan impak besar kepada pasukan," beliau menambah.

     "Ini petanda hebat buat kelab. Jelasnya, kami menghadapi masalah kecederaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang mana menjadi salah satu kesukaran, namun kami berjaya mengatasinya dan kekal kompetitif dengan Manchester City. Sekarang kami teratas liga dan berpeluang besar untuk bergelar juara."

     Biarpun tidak sabar untuk kembali dalam pasukan utama, Vidic enggan tergesa-gesa dalam proses pemulihan daripada kecederaannya.

     "Saya tidak fikir untuk kembali segera," ujar beliau. "Saya tidak mahu mendesak. Saya bertuah, pengurus dan kakitangan perubatan termasuk doktor tidak mahu mempercepatkan proses. Mereka tidak mahu saya kembali dalam masa lima bulan.

     "Tidak perlu tergesa-gesa untuk bermain satu atau dua perlawanan. Sejurus saya mendapat kecederaan dan membuat pembedahan saya tahu saya tidak akan kembali bermain dengan segera. Saya hanya fokus untuk musim hadapan. Sudah tentu saya tidak gembira terlepas beraksi. Ia kecederaan serius dan panjang. Namun saya 30 tahun. Masih ada beberapa tahun untuk bermain."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...