![]() |
Guard of honour di Stamford Bridge 2007. |
Sebulan sebelum ini City lima mata di depan United dan perbezaan gol sebanyak 13. Situasi berikut menyebabkan semua pihak melabelkan pertemuan Manchester derby 30 April di Etihad sebagai perlawanan penentu kejuaraan.
Wayne Rooney semalam menegaskan bahawa beliau impikan sekiranya United berjaya ditabal sebagai juara liga di laman City, dan menganggap itu adalah pencapaian yang hebat.
![]() |
Sebelum itu guard of honour di Old Trafford 2005. |
Untuk United bergelar juara di tempat City, mereka perlu berada tujuh mata di depan selepas perlawanan derby, bermakna United perlu menyamai keputusan City dan menewaskan mereka di Etihad untuk ditabalkan juara.
Mengimbau kembali peristiwa hampir lima tahun dulu - ia seakan tindakan 'balas dendam' kepada Chelsea yang sebelumnya menerima guard of honour pada 10 Mei 2005 di Old Trafford - ia sangat menakjubkan. Lewat musim bunga 2007 tanggal 09 Mei, Stamford Bridge begitu sayu di bahagian biru (penyokong Chelsea) namun tidak di bahagian sudut Shed End, dengan 3000 'Red Army' menyanyikan lagu khas buat pengurus Chelsea pada ketika itu Jose Mourinho.
"Mourinho, are you listening? You better keep our trophy glistening. We’ll be back in May, to take it away, walking in a Fergie wonderland."
Barisan kesebelasan tuan rumah keluar daripada terowong masuk ke padang termasuk kapten John Terry, Michael Essien, Claude Makelele, dan John Obi Mikel, pemain muda yang terlepas karier setahun kerana cuba batalkan kontrak dengan Manchester United untuk menyertai Chelsea, adalah antaranya. Dengan separuh hati mereka bertepuk tangan mengalukan barisan pemain United yang mula masuk ke padang.
Pasukan United yang diturunkan adalah Tomasz Kuszczak, Kieran Lee, Wes Brown, John O'Shea, Chris Eagles, Alan Smith, Darren Fletcher, Kieran Richardson, Ole Gunnar Solskjaer, Dong Fangzhuo dan Gabriel Heinze yang menjadi kapten pasukan. Mereka kemudian menepuk tangan ke arah tempat duduk penyokong United sebagai tanda penghormatan selepas kali terakhir bergelar juara liga pada 2003.
Beberapa minggu sebelum itu perlawanan ini dianggap sebagai penentu kejuaraan liga, namun selepas Chelsea gagal menewaskan Arsenal di Emirates dan ditambah dengan kemenangan 1-0 United di City of Manchester Stadium, akhirnya United bergelar juara. THE REST IS HISTORY.
No comments:
Post a Comment