Friday, April 6, 2012

Gosip - Manchester United mahu dapatkan Lucas Rodrigues.

     Agen kepada Lucas Rodrigues menegaskan sekali lagi bahawa Manchester United berminat untuk mendapatkan khidmat pemain midfield kelab Brazil Sao Paulo.

     Pemain 19 tahun itu secara meluas diakui sebagai prospek terhangat bolasepak di Brazil, dan sudahpun membuat lebih 10 penampilan dalam pasukan senior.

     United dan Bayern Munich dikaitkan musim panas tahun lepas, dengan agen Wagner Ribeiro mendakwa kedua kelab pernah berhubung. Beliau juga mendedahkan Inter Milan berminat pada Januari lalu.

     Kini Ribeiro menyatakan sekali lagi United masih berhubung, dalam masa yang sama Inter masih menunjukkan minat - namun memaklumkan terdapat pesaing baru iaitu Chelsea.

     "Saya perlu katakan bahawa Inter, Chelsea dan Manchester United telahpun berhubung dengan saya mengenai beliau (Lucas)," Ribeiro memberitahu Globo Esporte.

     "Beliau memiliki profil sempurna untuk bermain di Eropah - pemain yang bagus, pantas dan tahu untuk membuat rembatan.

     "Bagaimanapun, perpindahan tidak bergantung kepada saya. Anda perlu bercakap dengan kelab terlebih dahulu kemudian pemain itu sendiri.

     "Buat masa ini beliau mahu kekal di Sao Paulo dan kelab tidak mahu menjualnya."

* United dan Liverpool bersaing mendapatkan Lucas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...