![]() |
Hughes bersama Ferguson. |
Queens Park Rangers adalah kelab keempat datang ke Old Trafford dibawah kendalian Hughes atau nama jolokan beliau Sparky, selepas bersama Blackburn Rovers, Manchester City dan Fulham. Maka, untuk berdepan dengan United mungkin pengalaman baru bagi beberapa pemain QPR, Giggs memberi amaran pengurus mereka memiliki cukup pengalaman untuk menyediakan ancaman kepada tuan rumah.
"Mark (Hughes) telah menguruskan beberapa kelab jadi beliau bukan di kalangan pengurus baru. Beliau pastinya memberi persediaan sempurna kepada pasukannya, sama seperi pasukan-pasukan lain yang datang di Old Trafford. Mereka akan memberi kesukaran kepada kami," Giggs memberitahu laman rasmi ManUtd.com.
![]() |
Dari kiri: Ince, Hughes, Giggs dan Sharpe. |
QPR adalah salah satu daripada tiga pasukan yang berjuang mengelak penyingkiran, bertemu United dalam dalam empat perlawanan terakhir - selepas kemenangan ke atas Wolves dan Blackburn Rovers.
"Beliau adalah pejuang dan mempunyai barisan kakitangan yang hebat bersamanya," tambah Giggs. "Beliau membuat beberapa pembelian (pemain) yang bagus semasa perpindahan bulan Januari dan menambah kualiti kepada pasukannya. QPR akan bersedia Ahad ini dan beliau (Hughes) akan pastikan mereka bekerja keras."
Rekod perlawanan Mark Hughes sebagai pengurus berdepan United di Old Trafford.
Musim | Pasukan | Kejohanan | Tarikh perlawanan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2004/05 | Blackburn Rovers | Liga Perdana | 02 Apr 2005 | seri 0-0 |
2005/06 | Blackburn Rovers | Liga Perdana | 24 Sep 2005 | menang 2-1 |
2005/06 | Blackburn Rovers | Separuh Akhir Piala Liga | 25 Jan 2005 | kalah 2-1 |
2006/07 | Blackburn Rovers | Liga Perdana | 31 Mac 2007 | kalah 4-1 |
2007/08 | Blackburn Rovers | Liga Perdana | 11 Nov 2007 | kalah 2-0 |
2008/09 | Manchester City | Liga Perdana | 10 Mei 2009 | kalah 2-0 |
2009/10 | Manchester City* | Liga Perdana | 20 Sep 2009 | kalah 4-3 |
2010/11 | Fulham | Liga Perdana | 09 Apr 2011 | kalah 2-0 |
* dipecat pada 19 Dis 2009 dan digantikan Roberto Mancini.
No comments:
Post a Comment