Sunday, April 8, 2012

Did you know? - Dennis Bailey jaring hatrik dalam kemenangan tunggal QPR di Old Trafford.

Dennis Bailey dikawal Paul Parker.
     Menjelang pertemuan Manchester United dan Queens Park Rangers Ahad ini kita singkap rekod pertemuan kedua pasukan. Mereka telah bertemu 48 kali dalam semua kejohanan dan United menang 29 daripadanya.

     Rekod liga pula telah mencatat 39 perlawanan setakat ini dengan United menang 23 perlawanan yang mana 15 daripadanya adalah di Old Trafford.

     Apa yang menarik daripada enam kemenangan yang memihak kepada QPR hanya satu berlangsung di Old Trafford. Kita imbas kembali peristiwa lebih 20 tahun lalu.
    
     Pada hari tahun baru 1992, Dennis Bailey menjaringkan hatrik ke atas United di Old Trafford dalam perlawanan sengit yang akhirnya menyaksikan QPR menang 4-1. Sehingga kini beliau kekal sebagai pemain liga di England yang menjaringkan hatrik di laman United.

     Kejayaan Bailey menjaringkan hatrik ke atas United sentiasa kekal tiada tandingan selain daripada hatrik Ronaldo, penyerang terkenal Brazil, yang mencatat hatrik buat Real Madrid dalam perlawanan suku akhir Champions League di Old Trafford pada April 2003, namun berakhir dengan kekalahan 4-3.

     Tiga gol beliau mendapat perhatian Alex Ferguson dalam autobiografinya ‘Managing my life' pada 1999.

     "Their centre-forward, Dennis Bailey, thanked God after the good fortune of his hat-trick. I don’t blame him. Hat-tricks by opposing players are rare enough at Old Trafford to invite suspicion of the supernatural. Bailey did push his luck a little when he bounced into our dressing room, full of the joys, wanting our players to sign the match ball."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...