![]() |
Ferdinand bersama adiknya Anton. |
Pasukan Sir Alex Ferguson menewaskan QPR 2-0 dan berada lapan mata di depan seteru City, namun kemenangan tersebut diselubungi dengan kontroversi.
Selepas 15 minit perlawanan Shaun Derry menjatuhkan Ashley Young dalam kotak penalti Rangers dan hasilnya dilayangkan kad merah. Wayne Rooney kemudiannya menyempurnakan sepakan penalti.
Ferdinand gembira dengan kemenangan tersebut namun merasakan tuan rumah sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol selepas pelawat bermain dengan 10 pemain.
Beliau memberitahu Sky Sports: "Mengambil kira mereka bermain kurang seorang pemain pada awal permainan, kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol.
"Namun sekali lagi kami mencatat perlawanan tanpa bolos dan dua gol, dan kami terima keputusan tersebut.."
Mark Hughes pengurus QPR nyata kecewa dengan penyingkiran pemainnya apatah lagi ulang tayang menunjukkan Young berada dalam kedudukan offside sebelum beliau dijatuhkan, juga hanya sentuhan minima daripada Derry.
"Saya tidak nampak. Saya terkejut dengan kad merah yang dilayangkan namun saya tidak menyaksikan sepenuhnya kejadian, secara jujurnya - saya tidak pasti tentang kesalahan yang dilakukan." tambah beliau.
Paul Scholes menjaringkan gol kedua United dengan gol rembatan jarak jauh yang menjadi 'trademark' selama ini, dan membolehkan beliau dianugerahkan man-of-the-match. Ferdinand melaungkan betapa penting rakan pasukannya itu kembali dalam kesebelasan utama.
Beliau menyambung: "Banyak telah diperkatakan mengenai beliau kembali dalam pasukan samada ia bagus atau tidak buat kami namun saya fikir keputusan yang kami perolehi selepas beliau kembali menunjukkan pengaruh yang beliau miliki.
"Beliau pemain hebat, bukan sekadar dalam perlawanan malahan ketika latihan. Beliau adalah contoh kepada pemain-pemain muda di kelab ini."
Pemain antarabangsa England itu juga percaya bahawa United sentiasa di depan dalam persaingan gelaran dan ini merupakan faktor pemisah dengan pesaing lain.
"Kami telah berada di posisi sebegini sebelum ini dan itu sangat penting," ujar beliau.
"Kami tahu apa yang diperlukan untuk pertama sampai ke garisan penamat dan kami perlu gunakan segala pengalaman yang ada untuk pastikan kami lakukannya sekali lagi."
No comments:
Post a Comment