Tuesday, April 10, 2012

Kematangan Rafael da Silva mula mendapat pujian.

     Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson merasakan pemain bek kanan Rafael mula menunjukkan kematangan sebenar dalam permainannya.

     Pemain Brazil itu cemerlang di Blackburn dan membantu merekodkan perlawanan tanpa bolos menentang QPR Ahad lalu. Beliau berjaya mengatasi kesilapan yang membolehkan Adel Taarabt membuat percubaan yang terkena tiang pada separuh masa kedua sebelum digantikan oleh Phil Jones.

     Selepas belajar menyesuaikan diri dengan Liga Perdana menerusi pengalaman sejak tiba dari Fluminense sebagai remaja, pemain pertahanan itu berkembang menjadi pemain hebat.

     Kad merah semasa tersingkir daripada Champions League di tangan Bayern Munich pada April 2010 adalah pengajaran berguna buat Rafael, dan sekarang berganding baik dengan Antonio Valencia disebelah kanan sayap dan membuatkan Phil Jones, Chris Smalling dan kembarnya Fabio tersisih daripada kesebelasan utama.

     "Saya rasa kami telah bermain dengan empat pemain pertahanan yang sama beberapa minggu kebelakangan ini dan Rafa beraksi dengan baik (di Blackburn)," jelas Alex Ferguson.

     "Beliau bermain dengan baik. Beliau mungkin sedikit kasar dan tergesa-gesa sebagai pemain muda dan keghairahan yang ditunjukkan sangat jelas. Namun beliau berjaya menyesuaikan diri dengan cepat dan lebih tenang dalam permainan beliau sekarang.

     "Beliau berganding dengan baik dengan Valencia. Itu persefahaman yang bagus."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...