Tuesday, April 10, 2012

Mats Daehli - Pemain midfield masa depan Manchester United.

Mats Daehli
     Sungguhpun Paul Pogba dan Ravel Morrison dikatakan pemain midfield masa depan Manchester United, dan mendapat liputan besar daripada media - termasuk yang baik dan buruk - seorang daripadanya iaitu Morrison telah pergi meninggalkan Old Trafford.

     Pemain berbakat datang dan pergi dan seperti kata-kata keramat penyokong United: 'Tiada siapa yang lebih besar daripada Manchester United (Nobody is bigger than Manchester United).

     Namun seolah tiada henti pemain-pemain muda berbakat sentiasa silih berganti dalam "production line' di Old Trafford. Daripada Sir Matt Busby dengan Busby Babes hingga ke Sir Alex Ferguson dengan Class of 1992, tradisi mengenengahkan pemain muda berbakat terus sinonim dengan Manchester United.

     Memperkenalkan pemain midfield masa depan Mats Daehli, pemain muda Norway adalah salah satu bintang masa depan paling menyinar di akademi United.

Lima fakta penting mengenai Mats Daehli.
  • United menandatangani beliau pada Julai 2011 daripada kelab Norway Stabaek, mengalahkan kelab lain termasuk Bayern Munich dan Ajax untuk pemain 16 tahun itu. United dilaporkan menunjukkan minat pada November 2010 dan Daehli menandatangani kontrak profesional pada hari lahir ke 17.
  • Pemain muda Norway itu memiliki visi dan hantaran yang bagus, sedar kedudukan rakan sepasukan dalam mencipta peluang di samping kebolehan mengawal bola ketika larian. Daehli boleh bermain di tengah dan di kiri dan kanan midfield.
  • Selepas aksi cemerlang menentang Charlton dalam Piala FA Remaja, di mana United menang 3-2, Daehli kemudian diserap ke pasukan simpanan. Beliau mendapat peluang apabila masuk menggantikan Ezekiel Fryers walaupun tewas 1-0 kepada West Brom, dengan penampilan tersebut hadir beberapa hari selepas hari lahir ke 17 beliau.
  • Beliau adalah anggota pasukan remaja Manchester United dalam Piala FA Remaja yang dalam usaha menjadi pasukan pertama United yang mempertahankan Piala FA Remaja sejak Busby Babes tahun 50an yang mendominasi kejohanan antara 1953 dan 1957. Bagaimanapun mereka perlu mengatasi defisit 2-1 perlawanan separuh akhir pertama menentang Chelsea pada 13 April ini.
  • Beliau tersenarai dalam pasukan Norway bawah 18 buat pertama kali pada penghujung Mac 2012 dan mempamerkan aksi meyakinkan ketika menewaskan Serbia 1-0.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...