Thursday, April 12, 2012

Alex Ferguson - Wigan berhak menang.

Nasib berbeza - Alex Ferguson dan Roberto Martinez.
     Sir Alex Ferguson percaya Wigan Athletic berhak menang selepas pasukan the Latics itu merekodkan kemenangan mengejut 1-0 ke atas United semalam.

     United yang beraksi di bawah kemampuan sebenar dan mengecewakan di DW Stadium, di mana gol tunggal separuh masa kedua Shaun Maloney cukup untuk mencatat kemenangan penting kepada pasukan yang bergelut dengan penyingkiran.

     Keputusan itu sekaligus mengangkat pasukan Roberto Martinez keluar daripada zon penyingkiran dan mengurangkan kelebihan United di persada liga kepada lima mata, berikutan kejayaan Manchester City mengatasi West Brom di Etihad Stadium.

     "Ia prestasi yang mengecewakan keseluruhan perlawanan," Sir Alex memberitahu MUTV. "Kami tidak mempamerkan tahap permainan yang kami tunjukkan beberapa bulan sebelum ini jadi saya rasa kami dapat apa yang kami berhak dapat (kalah).

     "Wigan pasukan yang baik dan selalu dipandang rendah. Posisi mereka mungkin memperdaya banyak pihak - kerana mereka bermain dengan baik dalam liga. Mereka bermain dengan tiga pertahanan yang memberi masa dengan penguasaan bola dan ia memang sukar untuk menyekat penguasaan mereka.

     "Kami ambil keputusan untuk meletakkan tiga pemain midfield pada separuh masa kedua dan saya fikir kami lebih baik, namun kami tidak berhak mendapat apa-apa daripada perlawanan ini, maka saya tiada sebarang aduan.

     "Kami bertuah pada Ahad lalu dengan gol pertama menentang QPR namun malam ini tidak memihak kepada kami. Kami mendapat balasan setimpal jika diambil kira perjalanan musim ini dan pengalaman saya ia pasti berlaku, jadi anda hanya perlu jangkakannya."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...