Monday, May 14, 2012

Alex Ferguson akui nasib tidak menyebelahi Manchester United.

     Sir Alex Ferguson mengucapkan tahniah kepada Manchester City selepas mereka merangkul trofi sulung Liga Perdana dalam situasi yang penuh dramatik.

     Pengurus United itu memuji pasukannya atas aksi sepanjang musim, walaupun dikecewakan dengan dua gol minit-minit akhir di Etihad Stadium yang menafikan United gelaran liga ke 20.

     Manchester United dilandasan betul untuk muncul juara liga buat kali ke 20 dengan dua minit masa kecederaan berbaki di Etihad selepas gol Wayne Rooney memberikan United kelebihan menentang Sunderland.

     Bagaimanapun, dua jaringan Edin Dzeko dan Sergio Aguero memberikan City kemenangan 3-2 ke atas QPR, sekaligus menamatkan penantian 44 tahun untuk bergelar juara dengan perbezaan gol. Ini merupakan gelaran liga ketiga City selepas 1932 dan 1968.

     "Saya tidak fikir sesiapa akan menjangkannya (penyudah sebegitu)," Alex Ferguson memberitahu BBC Final Score

     "Semua orang menjangkakan City menang, mereka hanya berdepan 10 pemain untuk setengah jam terakhir dan mendapat lima minit masa tambahan. Saya ucap tahniah kepada City selaku juara liga, dan ia bukan minggu yang mudah. Sesiapa yang menang memang berhak mendapatnya."

     Ferguson juga mengakui para pemainnya sangat kecewa selepas mendapat berita dari Etihad, namun gembira dengan persembahan pasukannya sepanjang musim walaupun dinafikan kejuaraan liga ke 20.

     "Mereka kecewa, boleh saya katakan sangat kecewa, memang sepatutnya kecewa," tambah pengurus 70 tahun itu.

     "Mereka beraksi dengan baik hari ini, dan kalau bukan disebabkan aksi cemerlang penjaga gol Sunderland mungkin enam atau tujuh gol dapat dijaringkan.

     "Saya bangga dengan persembahan keseluruhan musim ini, 89 mata sudah memadai untuk kebanyakkan musim. Ia bukan giliran kami hari ini."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...