Thursday, May 3, 2012

Danny Welbeck dan Jonny Evans bakal terlepas perlawanan dengan Swansea.

     Penyerang Danny Welbeck dan pertahanan Jonny Evans bakal terlepas aksi Manchester United berdepan Swansea di Old Trafford Ahad ini.

     Evans mengalami kecederaan ketika latihan menjelang perlawanan menentang Manchester City, dan walaupun menunjukkan kemajuan Sir Alex Ferguson memberitahu pemberita dalam sidang media bahawa pemain pertahanan itu mungkin tidak diturunkan.

     Beliau juga mengenepikan khidmat penyerang muda England Welbeck, yang mengalami kecederaan di Etihad Stadium berikutan terjahan keras Nigel De Jong. Namun Sir Alex mendedahkan yang beliau berharap Welbeck akan dapat diturunkan pada perlawanan akhir musim di Stadium of Light menentang Sunderland.

     Swansea, yang layak beraksi dalam Liga Perdana daripada Championship musim lalu, akan berkunjung ke Old Trafford dengan mengetahui status sebagai pasukan liga utama England telah pun selamat semusim lagi. Malah mereka memberikan kejutan kepada semua pihak dan sekarang berkedudukan ke 12.

     "Cara Swansea bermain musim ini mendapat perhatian dan pujian," Sir Alex said. "Saya berjumpa mereka minggu lepas. Mereka mahu bermain bolasepak. Pengurus (Swansea) berpegang dengan prisip dan mereka memiliki musim yang hebat.

     "(Tewas kepada City) Malam Isnin adalah tamparan hebat buat kami. Kami hanya mampu lakukan yang terbaik dan harapkan kami menang Ahad ini.

     "Menjelang sepak mula kami sudah tahu apa yang patut kami lakukan. (City bermain di Newcastle), yang juga bersaing untuk empat tempat teratas. Mereka berpeluang (selepas menewaskan Chelsea di Stamford Bridge). Ia pastinya menarik menjelang hujung musim."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...