Friday, May 13, 2011

Top 5 - Perlawanan terbaik penentuan gelaran liga.

Musim 1994/1995.

     Musim yang menyaksikan saingan antara juara bertahan Manchester United dengan Blackburn Rovers berlarutan ke perlawanan terakhir musim. Pemain kontroversi Eric Cantona digantung lapan bulan dan denda £20,000 akibat sepakan ala kung-fu ke arah penyokong Crystal Palace. United berkunjung ke Upton Park bertemu West Ham dengan memerlukan kemenangan manakala Blackburn ke Anfield menentang Liverpool pada perlawanan terakhir musim. Walaupun Blackburn tewas 2-1 tetapi United gagal mengambil kesempatan setelah hanya seri 1-1.


Musim 1998/1999.

     Arsenal yang juga juara bertahan bermula musim dengan penuh bergaya dan United sebaliknya. Pada perlawanan terakhir seteru tradisi Arsenal iaitu Spurs boleh membantu dengan kemenangan di Old Trafford. Walaupun United ketinggalan selepas jaringan Les Ferdinand, Beckham menyamakan kedudukan sebelum Andy Cole menjaringkan gol kemenangan. United menjuarai liga dengan hanya satu mata di depan Arsenal. Musim ini juga United memecahkan rekod dengan kejayaan Treble dengan menambah piala FA dan Champions League.

Musim 2001/2002.

     Setelah United menjadi juara tiga musim berturut-turut, Arsenal merampas kembali gelaran. Dengan pertembungan kedua-dua pasukan pada 08 Mei 2002 di Old Trafford, Sylvain Wiltord menjaringkan gol tunggal menewaskan United. Liverpool berjaya memintas United untuk tempat kedua setelah membelasah Ipswich Town 5-0 sementara United hanya seri 1-1 dengan Charlton Athletic pada perlawanan terakhir.

Musim 2002/2003.

     Selepas kekalahan 3-1 di tangan Middlesbrough penghujung Disember, United menamatkan musim tanpa kalah dan kemenangan besar menewaskan Liverpool 4-0 meletakkan United sama mata dengan Arsenal. Dengan pertembungan kedua-dua Arsenal dan United di Highbury berakhir dengan 2-2, Leeds United mengejutkan Arsenal 3-2 dan sekaligus menabalkan United juara liga.

Musim 2007/2008.

     Avram Grant menggantikan tempat Jose Mourinho pada September dan mengemudi Chelsea mengekori rapat United ke perlawanan terakhir liga. United memiliki kelebihan perbezaan jaringan gol walaupun sama mata dengan Chelsea. United bertandang ke Wigan dan Chelsea menerima kunjungan Bolton Wanderers. Ryan Giggs menjaringkan gol kedua United untuk memastikan kejuaraan United dan Chelsea hanya mampu seri 2-2 dengan Bolton.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...