Monday, August 15, 2011

Alex Ferguson - Tiada masalah dengan kecederaan.


     Sir Alex Ferguson bersedia membuat rombakan benteng pertahanan United selepas pemain utama dibahagian itu dibelenggu masalah kecederaan seawal perlawanan pertama.

     Kedua-dua tunjang pertahanan tengah Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand dikeluarkan pada perlawanan semalam dengan United menewaskan West Brom 2-1. Manakala bek kanan Rafael sebelum itu menyertai bek kiri Patrice Evra dalam senarai kecederaan apabila terkehel bahu sewaktu latihan hari Jumaat lalu.

     Evra walaubagaimanapun dijangka kembali memperkuatkan jentera pertahanan pada perlawanan seterusnya menentang Tottenham tetapi Ferdinand akan direhatkan selama enam minggu, sekaligus memberi peluang kepada pemain pertahanan muda.

     "Kami berdepan dengan kesukaran untuk dua tiga hari ini," Sir Alex Ferguson memberitahu Sky Sports. "Rafael cedera bahu ketika latihan dan akan terlepas 10 minggu dan akan melakukan pembedahan.

     "Rio mengalami kecederaan hamstring dan terpaksa berehat enam minggu. Vida, kami belum dapat pastikan samada ia masalah saraf pada otot betis atau tidak. Beliau akan menjalani pemeriksaan esok. Beliau mungkin berehat dua minggu. Dengan adanya Chris Smalling, Jonny Evans dan Phil Jones, ia merupakan rahmat buat kami. Juga Patrice Evra akan cergas minggu depan jadi saya ada pilihan." 

     Dalam perkembangan lain pemain Mexico, Javier Hernandez masih mempunyai lebih 10 hari untuk kembali berlatih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...