Tuesday, August 16, 2011

Peter Schmeichel - Jangan bimbang! De Gea akan menyinar di United.

     Sir Alex Ferguson telah melalui semuanya, musim baru dan isu penjaga gol. Pengurus Manchester United tidak perlu panik dan tiada sebab untuk itu.

     Tetapi hanya selepas dua perlawanan dengan dua - boleh dikatakan tiga - kesilapan daripada pemain muda Sepanyol David de Gea, Ferguson berharap pemain paling penting ditandatanganinya musim panas ini dapat akhirnya menyesuaikan diri di Old Trafford.

    
     Ia merupakan tugas yang sukar sekiranya seorang penjaga gol tidak mempunyai keyakinan yang tinggi dalam Liga Perdana. Ini antara lain adalah sebab beberapa penjaga gol United sebelum ini seperti Massimo Taibi dan Mark Bosnich meninggalkan kelab lebih awal daripada jangkaan.

     Namun dengan beberapa perlawanan penting akan menyusul antaranya Tottenham, Arsenal, Bolton dan Chelsea, bekas penjaga gol lagenda United Peter Schmeichel menegaskan de Gea akan dapat menyesuaikan diri walaupun menyedari tekanan besar yang dihadapi pemain 20 tahun itu di Old Trafford.

     "Ini  adalah Manchester United dan Old Trafford. Ia berbeza," kata Schmeichel. "Saya telah melihat de Gea beraksi di Sepanyol dan setiap kali saya melihatnya saya kagum.

     "Beliau beraksi cemerlang semasa Kejohanan bawah 21 lalu. Tetapi, sebagaimana saya katakan tadi, ia sangat berbeza; walaupun anda bermain dengan kelab yang penuh tekanan seperti Atletico Madrid."

     Setelah meninggalkan United pada tahun 1999, barisan penjaga gol berikutnya Taibi, Bosnich, Tim Howard, Roy Carroll dan Fabien Barthez mendapati ia adalah sangat sukar bagi menggantikan beliau.

     De Gea, bagi pihaknya perlu menggantikan Edwin van der Sar. Namun penjaga gol utama Sepanyol Iker Casillas berkata: "Beliau baru berusia 20 tahun. Masih panjang perjalanan beliau dalam bolasepak tetapi beliau adalah seorang yang baik dan sangat profesional."

* Penjaga gol United antara Peter Schmeichel dan Edwin Van der Sar.
* Penjaga gol terbaik Manchester United.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...