Wednesday, August 17, 2011

Gosip - Wesley Sneijder sanggup potong gaji.

     Wesley Sneijder telah mengurangkan permintaan gaji untuk memastikan perjanjian perpindahan ke Manchester United berjalan lancar.

     Bintang Belanda itu bimbang, seolah-olah telah menutup peluang beliau untuk meninggalkan Inter apabila meminta gaji mingguan £200,000.

     Sneijder kini bersedia untuk mengurangkan jumlah itu sebanyak £60,000 seminggu.
    
     Dengan pengurangan tersebut beliau masih menjadi pemain kedua menerima gaji tertinggi, berada di belakang Wayne Rooney yang dibayar £250,000 seminggu.

     United menawarkan Sneijder kontrak bulan lalu dan pihak Inter bersetuju untuk menjual pada £35juta. Namun juara Liga Perdana itu tidak dapat mencapai persetujuan berkenaan permintaan gaji beliau.

     Pemain midfield itu sebelum ini sangat pasti bahawa United akan kembali dengan tawaran yang lebih baik namun itu tidak berlaku.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...