Thursday, August 18, 2011

Phil Jones yakin gandingan dengan Chris Smalling bagi menggantikan Ferdinand dan Vidic.


     Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson perlu membuat keputusan antara Jonny Evans, Jones dan Smalling, siapa yang akan bermain di bahagian tengah pertahanan untuk beberapa minggu mendatang apabila gandingan utama Nemanja Vidic and Rio Ferdinand mengalami kecederaan sewaktu kemenangan  2-1 United ke atas West Brom.

     Namun Jones yang membuat penampilan pertama liga buat United ketika masuk menggantikan Ferdinand, telahpun berganding dengan Smalling pada beberapa perlawanan untuk pasukan England bawah 21 dan merasakan mereka mampu mempamerkan gandingan yang terbaik jika perlu di United.

     "Kami telah beraksi dengan baik ketika bersama England dan berjaya tanpa bolos untuk beberapa perlawanan," Jones memberitahu ManUtd.com.

     "Kami berkomunikasi dengan baik dan dapat membaca permainan masing-masing, yang merupakan perkara yang baik untuk gandingan pemain pertahanan."

     Ini merupakan petanda yang baik buat United dan Jones sendiri telah membuat kajian mendalam bagaimana Vidic dan Ferdinand bermain.

     "Mereka adalah pemain pertahanan yang hebat," kata Jones. Saya selalu melihat mereka bermain bersama dan saya cuba jadikan ia sebagai model dalam permainan saya dan sedikit sebanyak meniru perkara-perkara yang mereka lakukan."

     Sekiranya Jones, 19 tahun, tampil dalam perlawanan menentang Tottenham Isnin ini (awal pagi Selasa) ia merupakan perlawanan kompetitif pertama buatnya di Old Trafford - kurang setahun selepas beliau menjadi sebahagian daripada pemain Blackburn Rovers yang dibelasah 7-1 di sini.

     Beliau berkata: "Saya hanya bermain sekali di Old Trafford - ketika kalah 7-1. Ia adalah stadium yang sangat hebat dengan atmosfera yang mengagumkan dan bermain bersama pemain-pemain yang hebat. Ia lebih baik sekarang kerana saya bermain dengan mereka."

    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...