Sunday, August 21, 2011

Previu - Manchester United vs Tottenham Hotspur.

Tarikh: 23 Ogos 2011 Tempat: Old Trafford Masa: 3 AM

    
     Manchester United akan bermain tanpa khidmat Rio Ferdinand, Nemanja Vidic dan Rafael yang cedera.

     Jonny Evans hampir pasti berganding dengan Phil Jones di bahagian tengah pertahanan, sementara bek kiri Patrice Evra kembali cergas walaupun terlepas perlawanan minggu lalu akibat kecederaan lutut.

         
     Midfield Tottenham Luka Modric mungkin beraksi walaupun beliau tidak beraksi semasa kemenangan besar Spurs di Hearts disebabkan kecederaan otot paha. Spurs akan menilai semula kecederaan buku lali  Peter Crouch, sementara Ledley King, William Gallas dan Alan Hutton tidak dapat beraksi.

     Rekod tidak menyebelahi pasukan pelawat, dan para penyokong Spurs berkunjung ke Old Trafford penuh harapan dan bukannya jangkaan. Sudah sedekad kali terakhir Spurs menewaskan United iaitu di White Hart Lane dengan keputusan 3-1.

     Harry Redknapp pastinya waspada rekod kemenangan United di Old Trafford musim lalu dengan 18 kemenangan daripada 19 perlawanan. Namun kali ini mungkin adalah masa terbaik untuk berdepan penyandang juara liga, yang mana akan dibarisi pemain-pemain muda di bahagian pertahanan termasuk penjaga gol David de Gea.

     Kali terakhir Spurs menang di Old Trafford adalah 22 tahun lalu - kemenangan 1-0 hasil jaringan Gary Lineker.

Barisan kemungkinan:

United: De Gea, Smalling, Jones, Evans, Evra, Nani, Anderson, Giggs, Young, Rooney, Welbeck.

Tottenham: Gomes, Walker, Kaboul, Dawson, Assou-Ekotto, Lennon, Huddlestone, Modric, Bale, van der Vaart, Defoe.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...