Saturday, August 20, 2011

Vidic berehat lima minggu tetapi Ferdinand mungkin cergas menentang Arsenal.

     Terdapat berita baik dan buruk ketika sesi sidang media Sir Alex Ferguson menjelang pertemuan dengan Tottenham Hotspur Isnin ini.

     Dari aspek positif Patrice Evra kembali cergas, sementara Chicharito dan Antonio Valencia menunjukkan peningkatan semasa latihan dan Darren Fletcher tidak mengalami apa-apa kecederaan selepas perlawanan pasukan simpanan menentang Arsenal awal minggu ini.

    
     Rio Ferdinand juga dalam proses pemulihan setelah mengalami kecederaan hamstring (otot pelipat lutut) di West Brom minggu lalu. Pertahanan England itu pada awalnya dijangka akan terlepas enam minggu tetapi Sir Alex mendedahkan beliau mungkin dapat kembali ketika Arsenal berkunjung ke Old Trafford hujung bulan ini.

     Nasib sebaliknya buat gandingan Ferdinand di bahagian pertahanan, Nemanja Vidic. Kapten United itu dijangka berehat lebih sebulan atau empat kelima minggu.

     "Minggu lepas kami jangka Rio akan diketepikan selama empat ke lima minggu akibat hamstring dengan Vidic kami cuma fikir ianya hanya masalah saraf. Namun ia sebaliknya." Alex Ferguson memberitahu pemberita semalam.

    "Vidic cedera otot betis, bermakna diketepikan empat ke lima minggu. Ia lebih panjang daripada jangkaan kami. Sementara itu kecederaan Rio tidaklah seteruk jangkaan awal dan bersedia untuk kembali pada perlawanan dengan Arsenal. Saya tidak rasa beliau bersedia untuk Tottenham. Sangat menakjubkan bagaimana situasi bertukar dalam beberapa hari.

     "Patrice akan kembali memberikan kami kelebihan daripada segi pengalaman. Chicharito kembali berlatih beraksi dengan baik, begitu juga Valencia yang akan beraksi buat pasukan simpanan minggu depan.

     "Darren Fletcher telah bermain awal minggu ini, dan bermain dengan baik. Beliau akan bermain satu lagi perlawanan simpanan dan akan kembali bersedia untuk pasukan utama."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...