Monday, September 12, 2011

Cleverley tidak dapat beraksi selama empat minggu.

     Sir Alex Ferguson telah mengesahkan bahawa Tom Cleverley tidak akan dapat beraksi dalam masa empat minggu selepas digantikan pada awal babak pertama ketika kemenangan ke atas Bolton Sabtu lalu.

     Pada awalnya dibimbangi pemain midfield itu - yang memulakan kempen musim ini dengan cemerlang- mengalami keretakan tulang kaki selepas menerima terjahan daripada belakang oleh kapten Bolton Kevin Davies.

     Ferguson memberitahu ManUtd.com pada hari Ahad yang Cleverley hanya mengalami kerosakan ligamen kaki dan bukannya keretakan tulang.

     Pengurus United itu juga berkata pasukan perubatan kelab akan menilai semula kecederaan pada separuh masa kedua oleh Patrice Evra dan Jonny Evans, menjelang perlawanan pertama peringkat kumpulan Champions League menentang Benfica di Lisbon.

     "Kita akan melihat perkembangan mereka pada hari Ahad," beliau memberitahu MUTV. "Jonny mungkin tidak dapat diturunkan Rabu ini  - akibat terkena terjahan lutut pemain lawan mengenai bahagian pinggul dan mengadu kesakitan, sementara Patrice terkena sepakan pada tempurung lutut. Kita akan melihatnya kembali pada hari Ahad. Terlalu awal untuk membuat kesimpulan (sejauh mana serius kecederaan).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...