Thursday, January 5, 2012

Alex Ferguson enggan panik selepas kekalahan kepada Newcastle United.

Andres Lindergaard (kanan) kecewa selepas gol ketiga.
     Sir Alex Ferguson telah menafikan tiba masa untuk panik selepas kekalahan 3-0 Manchester United di Newcastle United sambil menegaskan beliau memiliki pasukan yang mampu bangkit selepas dua kekalahan berturut-turut.

     Penyandang juara Liga Perdana itu ketinggalan selepas jaringan volley Demba Ba dan sepakan percuma menakjubkan daripada Yohan Cabaye sebelum kekecewaan United ditambah dengan gol sendiri pertahanan Phil Jones.

     Ini merupakan kekalahan di tempat lawan pertama United musim ini dan ini menjadikan mereka berkedudukan tiga mata di belakang pendahulu Manchester City, sementara Tottenham juga berpeluang untuk menyamakan pungutan mata dengan pasukan Alex Ferguson sekiranya mereka menang perlawanan di tangan menentang Everton.


     "Ini bukan masanya untuk panik. Kami memiliki pengalaman untuk menghadapinya (persaingan liga)," Ferguson memberitahu Sky Sports.

     "Kalah perlawanan pada ketika masuk tahun baru - sudah tentu anda tidak mahu, namun ia boleh berlaku dan anda dapat lihat daripada keputusan-keputusan kebelakangan ini.

     "Namun jelas sekali kami perlu bekerja keras dalam persaingan merebut gelaran liga, terutama pada Mac dan April."

     Sungguhpun bermula baik, yang mana menyaksikan tandukan Dimitar Berbatov terkena palang, jaringan pendahuluan Ba memberikan keyakinan kepada tuan rumah untuk mengasak United dan Ferguson mengakui pasukannya banyak mempersiakan penguasaan bola.

     "Mereka menjaringkan gol hebat dan membangkitkan semangat para penyokong dalam stadium dan membuatkan kami sukar untuk fokus," tambah Ferguson.

     "Ia jaringan volley yang menakjubkan dan gol kedua selepas permainan bersambung jelas membunuh semangat kami. Sepakan percuma yang hebat.

     "Namun kami tidak mengambil kesempatan dengan penguasaan bola. Mereka telah menjaringkan dua gol hebat yang meletakkan mereka di kedudukan selesa dan tidak akan melepaskan kemenangan begitu sahaja. Mereka betul-betul mahu memastikan bahawa mereka tidak kalah selepas dua gol di depan.

     Walaupun mengekori City dengan tiga mata dalam liga, Ferguson kekal yakin bahawa pemain-pemain yang kembali daripada kecederaan dapat membantu merapatkan jurang dengan seteru setempat mereka itu.

     "Kami memiliki peluang. Kami bermain malam ini, manakala mereka bermain semalam. Mereka menang, kami tewas jadi kelebihan memihak kepada mereka, sudah pasti," sambung Ferguson.

     "Perkara positif di sini adalah terdapat dua atau tiga pemain yang kembali daripada kecederaan dan beraksi pada malam ini dan diharapkan kami dapat menyenaraikan satu atau dua lagi pemain selepas ini. Ia pastinya boleh memberikan perubahan."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...