Thursday, January 5, 2012

Top 5 - Kekalahan Manchester United dalam dua perlawanan liga berturut-turut dan respon pada perlawanan ketiga.

     Setelah ditewaskan Newcastle United 3-0 dan sebelumnya kalah 3-2 kepada Blackburn di laman sendiri empat hari sebelumnya, ini merupakan kekalahan dua perlawanan liga berturut-turut buat United. Dengan Alex Ferguson menegaskan bahawa United tidak perlu panik dalam perebutan gelaran liga, kita imbas kembali top 5 rekod kekalahan dua perlawanan liga berturut-turut sebelum ini dan kesannya pada penghujung musim.

5. Musim 2010/11.

Chelsea vs Manchester United 2-1, 01 Mac 2011, Stamford Bridge.

Vidic (kiri) dilayang kad merah.
     United dilihat akan menjarakkan empat mata dengan saingan Arsenal selepas Wayne Rooney, memberikan kelebihan kepada pelawat.

     Namun Chelsea dengan Didier Drogba dibangku simpanan sementara Fernando Torres mengemudi serangan, bangkit untuk kembali ke tempat keempat liga. Hanya kemenangan dapat meletakkan semula The Blues dalam landasan perebutan gelaran liga.

     David Luiz menyamakan kedudukan sebelum sepakan penalti kontroversi Frank Lampard mengesahkan tiga mata berharga 10 minit sebelum tamat perlawanan selepas Yuri Zhirkov dijatuhkan Chris Smalling dalam kotak penalti.

Liverpool vs Manchester United 3-1, 06 Mac 2011, Anfield.

Nani mengalami kecederaan.
     Sir Alex Ferguson mungkin sedikit lega selepas Arsenal gagal menewaskan Sunderland hari sebelumnya dan berpeluang menjarakkan diri dalam liga - namun perlawanan ini membuktikan ia lebih kepada kekecewaan kepada United yang mengalami kekalahan liga dua perlawanan berturut-turut.

     Kekalahan ini, berikutan kekalahan di Chelsea sebelum ini, bermakna United hanya tiga mata di depan Arsenal, dengan pasukan Arsene Wenger bermain kurang satu perlawanan.

     Dirk Kuyt menjadi hero Anfield apabila menjaringkan hatrik menentang United sejak Peter Beardsley pada 1990 dan berganding hebat dengan penyerang £23 juta dari Uruguay Luis Suarez.

Manchester United vs Bolton Wanderers 1-0, 19 Mac 2011, Old Trafford.

Berbatov jaring gol kemenangan.
     Pada separuh masa pertama yang tidak banyak peluang terhidang, menyaksikan cubaan Javier Hernandez tersasar dan sepakan percuma Martin Petrov tepat ke Edwin van der Sar.

     Pertahanan tuan rumah Jonny Evans dilayangkan kad merah selepas mengasari Stuart Holden pada masa kedua. Namun Berbatov memastikan tiga mata buat United selepas menyudahkan bola muntah daripada jangkauan  Jussi Jaaskelainen hasil percubaan awal Nani.

     Gol minit akhir pemain Bulgaria itu, ditambah dengan keputusan seri 2-2 Arsenal di West Brom, membolehkan United kekal teratas liga yang sebelum itu dibantut dengan kekalahan di Chelsea dan Liverpool.

Keputusan akhir musim - Juara Liga Perdana dengan sembilan mata mengatasi Chelsea.


4. Musim 2008/09.

Manchester United vs Liverpool 1-4, 14 Mac 2009, Old Trafford.

Tevez, Giggs dan
     Pasukan Sir Alex Ferguson dilihat akan menjarakkan kelebihan mereka di puncak liga apabila penalti Cristiano Ronaldo memberikan gol pendahuluan selepas Pepe Reina mengasari Ji-Sung Park.

     Fernando Torres memaksa Nemanja Vidic melakukan kesilapan lapan minit kemudian dan dengan mudah menewaskan Edwin van der Sar.
Kebangkitan pasukan Merseyside itu diteruskan sebelum tamat separuh masa apabila Steven Gerrard menyempurnakan sepakan penalti selepas beliau ditarik Patrice Evra.

     Menambahkan lagi kehampaan United, Vidic dibuang padang 15 minit sebelum tamat perlawanan selepas mengasari Gerrard dan Fabio Aurelio menyudahkan sepakan percuma untuk gol cantik daripada 25 ela. Pemain gantian Liverpool Andrea Dossena menjaringkan gol keempat dalam masa kecederaan hasil sepakan gol Reina.

Fulham vs Manchester United 2-0, 21 Mac 2009, Craven Cottage.

Danny Murphy menyempurnakan penalti.
     Paul Scholes dan Wayne Rooney dibuang padang, dengan harapan gelaran liga Manchester United mengalami tamparan hebat di Fulham. Scholes dilayangkan kad merah selepas menahan bola tandukan Bobby Zamora dengan tangan, dan Danny Murphy menyempurnakan sepakan penalti.

     United dalam usaha mencari gol penyamaan, sedikit terleka dan ini dihukum Zoltan Gera dari counter-attack dengan penyudah sempurna untuk gol kedua. Tidak lama kemudian Rooney membaling bola jauh daripada permainan dan menerima kad kuning kedua, dan menambah duka pelawat yang menyaksikan kelebihan United di persada liga hanya satu mata.

     Ini merupakan kejayaan bersejarah Fulham yang mana mereka tidak pernah mengalahkan United di laman sendiri sejak 45 tahun lalu sementara United mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam liga kali pertama sejak 2005.

Manchester United vs Aston Villa 3-2, 05 Apr 2009, Old Trafford.

Macheda menjaringkan gol kemenangan.
     Federico Macheda menjaringkan gol kemenangan dengan Manchester United kembali mengungguli takhta liga. Pemain 17 tahun itu melencungkan bola ke penjuru kiri penjaga gol Brad Fridle dan merealisasikan penampilan pertama yang cemerlang.

     Cristiano Ronaldo sebelum itu membuka jaringan daripada sepakan percuma sebelum gol John Carew mengikat kedudukan. Tandukan Gabriel Agbonlahor meletakkan Villa di depan buat pertama kali, hanya untuk Ronaldo menyamakan kedudukan dengan rembatan rendah dan Macheda akhirnya menjaringkan gol ketiga.

     Ia adalah penyudah hebat untuk merangkum perlawanan yang nyata sengit yang pada satu ketika seakan-akan menyebelahi pasukan pelawat. Dengan keputusan ini United memintas Liverpool di tempat teratas liga.


Keputusan akhir musim - Juara Liga Perdana dengan empat mata di depan Liverpool.


3. Musim 2004/05.

Norwich City  vs Manchester United 2-0, 09 Apr 2005, Carrow Road.

Ronaldo cuba mendapatkan bola.
     Norwich berjaya meningkatkan peluang mereka untuk kekal dalam Liga Perdana dan hampir pasti menamatkan harapan tipis Manchester United dalam persaingan merebut gelaran liga dengan kemenangan mengejut di Carrow Road.

     Tandukan Dean Ashton meletakkan Norwich di depan hasil sepakan percuma David Bentley dan juga membantu Leon McKenzie melakukan volley untuk gol kedua. Craig Fleming dan Jason Shackell cemerlang di bahagian pertahanan Canaries dan mengagalkan asakan serangan United.

     Peluang terbaik pelawat hadir apabila cubaan Wayne Rooney di minit-minit akhir ditepis keluar penjaga gol Norwich Robert Green. Pasukan tuan rumah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan keyakinan sepanjang perlawanan untuk memberikan tekanan buat United yang tanpa peluang dan cubaan merbahaya untuk menguji penjaga gol tuan rumah.

Everton vs Manchester United 1-0, 20 Apr 2005, Goodison Park.

Duncan Ferguson meraikan gol kemenangan.
      Everton mengukuhkan cengkaman mereka di tangga keempat liga dengan menyaksikan Manchester United beraksi dengan sembilan pemain dalam perlawanan penuh sengit dan emosi di Goodison Park.

     Duncan Ferguson, yang menjaringkan gol kemenangan Everton dalam liga ke atas United 10 tahun lalu, menanduk masuk gol tunggal pada minit ke 54 . Pasukan Sir Alex Ferguson mengakhiri pemainan dengan memalukan apabila Gary Neville dan Paul Scholes dibuang padang selepas rehat separuh masa.

     Neville dilayangkan kad merah apabila dengan sengaja menyepak bola ke arah penonton dan Scholes untuk dua kad kuning. Everton meletakkan Ferguson di bahagian serangan dan nyata taktik itu berhasil dan menyingkap memori 10 tahun lalu.

Manchester United vs Newcastle United 2-1, 24 Apr 2005, Old Trafford.

Rooney menjaringkan gol hebat penyamaan.
     Newcastle terlebih dahulu di depan pada separuh masa pertama hasil jaringan Darren Ambrose yang mengambil kesempatan kesilapan penjaga gol Tim Howard.

     Jaringan menakjubkan Wayne Rooney - dengan bahagian luar kaki kanan - memberikan nafas lega buat penyokong-penyokong di Old Trafford. Dengan masa semakin suntuk, gol kemenangan Wes Brown juga mengejutkan - gol pertama dalam 117 perlawanan liga.

     Kemenangan ini membolehkan Manchester United merapatkan jurang mata dengan Arsenal kepada satu mata, walaupun pasukan Arsene Wenger masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

Keputusan akhir musim - Tangga ketiga, 18 mata di belakang juara Chelsea.

2. Musim 2003/04.

Manchester United vs Liverpool 0-1, 24 Apr 2004, Old Trafford.

Danny Murphy (dua kanan) meraikan gol kemenangan.
     Danny Murphy menjaringkan gol kemenangan daripada sepakan penalti selepas 63 minit perlawanan berikutan terjahan melulu Gary Neville ke atas kapten Liverpool Steven Gerrard.

     Gol tersebut menamatkan perlawanan yang penuh dengan taktik berhati-hati kedua pasukan dengan tidak banyak peluang gol, walaupun cubaan Ryan Giggs terkena tiang pada separuh masa kedua.

     Ini merupakan kali ketiga Murphy menjaringkan gol penentu di Old Trafford di bawah pengurus Gerard Houllier, yang menyaksikan tekanan atas pengurus Perancis itu dikurangkan selepas kemenangan ini. Ia juga kejayaan ketiga dalam masa empat tahun Liverpool di Old Trafford - sekaligus meranapkan harapan tuan rumah dalam perebutan gelaran liga.

Blackburn Rovers vs Manchester United 1-0, 01 Mei 2004, Ewood Park.

Pemain Blackburn meraikan gol.
     
     Blackburn mengenepikan segala kebimbangan penyingkiran apabila menewaskan Manchester United 1-0 di Ewood Park.

     Sekali lagi Jonathan Stead muncul hero selepas menyudahkan hantaran Paul Gallagher untuk gol cantik, menewaskan United di laman sendiri kali kedua berturut-turut.

     United tanpa khidmat Paul Scholes, Roy Keane dan Van Nistelrooy - bermakna Kleberson dan Djemba-Djemba di bahagian tengah manakala Ole Solksjaer dan Giggs mengemudi serangan.

Manchester United vs Chelsea 1-1, 08 Mei 2004, Old Trafford.

Gronkjaer (dua kiri) diraikan rakan sepasukan.
     Chelsea melayakkan diri secara automatik dalam Champions League musim depan apabila seri dengan Manchester United. The Blues mendapat satu mata untuk menduduki tangga kedua, manakala United perlu melalui peringkat kelayakkan.

     Penyudah berbisa Jesper Gronkjaer meletakkan Chelsea di depan selepas 18 minit, sebelum sepakan penalti Ruud van Nistelrooy diselamatkan Carlo Cudicini.

     Namun selepas Robert Huth dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua, Cudicini gagal mengawal kemas bola lalu menghadiahkan peluang gol penyamaan kepada Van Nistelrooy. Pemain Belanda itu kembali dalam kesebelasan utama bersama Paul Scholes yang baru habis menjalani penggantungan.

Keputusan akhir musim - Tangga ketiga, 15 mata di belakang juara Arsenal.

1. Musim 2002/03.

Blackburn Rovers vs Manchester United 1-0, 22 Dis 2002, Ewood Park.

Flitcroft diraikan rakan sepasukan.
     Pemain midfield Blackburn Garry Flitcroft menamatkan kebangkitan Manchester United dengan gol kemenangan di Ewood Park.

     Bekas pemain Manchester City menjaringkan gol dalam separuh masa pertama dan cukup untuk memberikan United kekalahan pertama dalam 11 perlawanan.

     Roy Keane dan David Beckham - keduanya kembali daripada kecederaan dan bermula daripada bangku simpanan- masuk beraksi dalam usaha mengurangkan defisit gol namun tidak berjaya.

Middlesbrough vs Manchester United 3-1, 26 Dis 2002, Riverside Stadium.

Giggs ketika mnentang Middlesborough. 
     Roy Keane yang kembali semula daripada kecederaan tidak dapat menghalang Manchester United daripada mengalami kekalahan kedua berturut-turut di Middlesbrough dan meninggalkan mereka tujuh mata di belakang pendahulu liga Arsenal.

     Keane diturunkan semula dalam kesebelasan utama sejak 31 Ogos, namun bekas pembantu pengurus United Steve McClaren berjaya mengatasi bekas mentornya Sir Alex Ferguson untuk menewaskan pasukan lamanya.

     Gol pada dua separuh masa daripada Alen Boksic dan Szilard Nemeth meninggalkan United terpaksa mengejar perlawanan yang dilihat diluar kemampuan mereka. Walaupun United berjaya mengurangkan jurang jaringan menerusi Ryan Giggs namun Joseph-Desire Job memastikan tiga mata bersejarah buat tuan rumah.

Manchester United vs Birmingham City 2-0, 28 Dis 2002, Old Trafford.

Beckham dan Forlan
      Sepakan chip cantik daripada David Beckham memastikan kemenangan dan tiga mata berharga buat United. Walaupun tuan rumah menguasai perlawanan namun tidak dapat dinafikan pasukan bimbingan bekas pemain United Steve Bruce juga memiliki beberapa peluang untuk sekurang-kurangnya berkongsi satu mata.

     Gol pertama hadir pada minit ke 37 apabila tandukan  Beckham menuju kepada Forlan sebelum rembatan beliau melepasi jangkauan penjaga gol Nico Vaesen. Pasukan The Blues juga hampir menyamakan kedudukan namun Fabien Barthez sempat menepis keluar cubaan Cisse.

     United akhirnya menggandakan jaringan pada minit ke 73 apabila Beckham melakukan sepakan chip daripada jarak 25 ela sebelum Rio Ferdinand terlepas peluang terbaik menambah jaringan apabila tandukan beliau tersasar daripada gawang.

Keputusan akhir musim - Juara Liga Perdana, lima mata di depan Arsenal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...