Friday, January 6, 2012

Gosip - Manchester United berminat dapatkan pemain midfield Chelsea Frank Lampard.


Frank Lampard bersama Giggs dan Ferdinand.
    
     Sir Alex Ferguson sedang menimbangkan untuk melakukan perpindahan sensasi bagi mendapatkan pemain midfield Chelsea Frank Lampard.

     Dengan United yang bergelut dengan kekurangan pemain midfield akibat dibelenggu masalah kecederaan dan bakal berdepan pendahulu liga Manchester City dalam pusingan ketiga Piala FA Ahad ini, Ferguson sedang menimbang untuk mendapatkan pemain yang sentiasa dikaguminya.

     Lampard yang kini berusia 33 tahun, pastinya memerlukan lembaga pengurusan United perlu membenarkan perpindahan pemain yang menerima bayaran melebihi £140,000 seminggu dan tiada nilai jualan semula kepada kelab yang masih di bawah bebanan hutang keluarga Glazer.

     Walaubagaimanapun, Ferguson percaya bahawa Lampard menjadi satu peluang yang unik untuk menambah sesuatu yang penting dalam pasukannya dan gembira apabila mendengar desas-desus bahawa bekas pemain midfield West Ham itu akan menimbangkan untuk berhijrah ke bahagian utara England iaitu Manchester.

     Lampard masih mempunyai baki 18 bulan kontrak dengan Chelsea dan dipercayai tidak begitu baik hubungannya dengan pengurus baru Stamford Bridge Andre Villas-Boas. Difahamkan juga Lampard bercadang untuk berhijrah daripada Chelsea musim panas ini dan pastinya ini peluang terbaik untuk beliau kekal beraksi dalam Liga Perdana.

     Yuran perpindahan terlibat pastinya minimum, berdasarkan situasi kontrak beliau dan juga khidmat 10 tahun yang beliau telah berikan kepada Chelsea. Ferguson sebelum ini telah menimbangkan untuk menyertai bidaan mendapatkan Lampard apabila beliau menyertai Chelsea dari West Ham dengan kos £11 juta pada tahun 2001.

     Selepas itu beliau (Ferguson) tidak merahsiakan kekagumannya terhadap Lampard, dan menyatakan dalam temubual pada tahun 2005: 'Lampard mungkin kes yang istimewa. Beliau adalah individu luar biasa.' Sungguhpun Lampard tidak mungkin diturunkan dalam setiap perlawanan, namun beliau boleh memberikan perubahan dengan pengalaman yang beliau miliki dalam hubungan sesama pemain terutama di bilik persalinan dan ketika latihan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...