Friday, January 6, 2012

Top 5 - Pemain terbaik yang dibeli Alex Ferguson semasa perpindahan Januari.

     Perpindahan bulan Januari hanya mula diperkenalkan dalam bolasepak England bermula pada musim 2002/03. Sebelum itu pemain boleh berhijrah pada musim panas atau sepanjang musim berlangsung dengan persetujuan kedua kelab terlibat dan FA England.

     Sungguhpun begitu perpindahan Steve Bruce dan Eric Cantona walaupun bukan dalam bulan Januari, namun ia berlaku semasa musim sedang berlangsung dan diambil kira sebagai perpindahan selain musim panas. Kita imbas top 5 pemain terbaik perpindahan Januari yang dilakukan oleh Sir Alex Ferguson.

5. Patrice Evra - Monaco ke Manchester United, £5.5 juta, Januari 2006.


     Kelab-kelab lain dilaporkan berminat mendapatkan pemain bek kiri ini, namun United menjadi penentu perpindahan. Penampilan pertama beliau merupakan malapetaka - digantikan pada separuh masa ketika kekalahan 3-1 kepada Manchester City, namun sejak itu telah menyesuaikan diri dalam Liga Perdana dan menjadi antara pemain terbaik di posisinya di dunia.




4. Steve Bruce - Norwich City ke Manchester United, £800,000, Disember 1987.

     Bruce mula menarik minat kelab-kelab besar lewat 1987 dengan Manchester United, Tottenham Hotspur, Chelsea dan Rangers kesemuanya dilaporkan mahu mendapatkan tandatangannya. Namun pada 17 Disember 1987, Bruce menyertai United.

     Beliau berganding hebat dengan Gary Pallister membentuk pertahanan kukuh dalam pasukan United yang menguasai liga pada era 90an. Beliau memenangi Liga Perdana, Piala FA, Piala Liga dan European Cup Winner's Cup. Fakta yang menyedihkan adalah walaupun beraksi cemerlang dengan United namun beliau tidak pernah terpilih untuk beraksi dalam pasukan antarabangsa England.


3. Andy Cole - Newcastle ke Manchester United, £7 juta, Januari 1995.

     Pada 10 Januari 1995, Cole berpindah ke Manchester United dengan perjanjian berjumlah £7 million – £6 juta tunai beserta £1 juta nilaian Keith Gillespie ke Newcastle, dan merupakan perpindahan termahal Britain pada masa itu.

     Musim 1998/99 merupakan detik terbaik beliau sepanjang karier di United, membentuk gandingan merbahaya bersama Dwight Yorke. Mereka berdua menyumbang 53 gol musim itu dan dilabel gandingan serangan paling digeruni di Eropah. Cole memainkan peranan penting dalam laluan United mencapai kejayaan unik Treble; Liga Perdana, Piala FA dan Champions League.



2. Nemanja Vidic - Spartak Moscow ke Manchester United, £7 juta, Januari 2006.


     Sir Alex Ferguson telah memantau pemain ini selama beberapa tahun dan Arsenal juga dikhabarkan ada membuat tawaran sebelumnya, namun kuasa kewangan United memberikan perubahan. Seperti Evra yang berpindah pada tahun yang sama, Vidic membuat permulaan yang tidak menentu dan ada segelintir pihak mengatakan Ferguson telah membazirkan wang. Namun gandingan mantap bersama Rio Ferdinand di pertahanan tengah juga kehebatan Edwin van der Sar menjadikan United memiliki pertahanan paling kukuh dalam liga.




1. Eric Cantona - Leeds United ke Manchester United, £1.2 juta, November 1992.

 
     Cantona meninggalkan Leeds untuk berhijrah ke Manchester United dengan kos £1.2 juta pada 26 November 1992. Pengerusi Leeds Bill Fotherby telah menghubungi rakan sejawatan di Manchester United Martin Edwards untuk bertanyakan ketersediaan pemain pertahanan Denis Irwin. Edwards sedang bermesyuarat dengan Alex Ferguson pada ketika itu, dan keduanya bersetuju Irwin bukan untuk dijual.

     Ferguson sebaliknya telah mengenalpasti pasukannya memerlukan penyerang, dengan terbaru membuat bidaan untuk David Hirst, Matt Le Tissier dan Brian Deane, justeru mengarahkan Edwards menanyakan pengurus Leeds Howard Wilkinson samada mahu menjual Cantona. Fotherby perlu berbincang dengan Wilkinson, namun beberapa hari kemudian perjanjian termeterai. Selebihnya hanya tinggal sejarah.

     Cantona menjaringkan 64 gol liga buat Manchester United, 11 gol dalam kejohanan piala domestik dan lima gol dalam Champions League, membawa kepada jumlah 80 gol kurang daripada lima tahun di Old Trafford. Cantona sering dianggap sebagai individu penting dalam kebangkitan Manchester United pada era 90an sebagai kuasa besar bolasepak dan ikon bagi kelab dan penyokong.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...