United masih mendahului jiran mereka dengan lima kemenangan dengan kesemuanya di tempat sendiri, manakala City menang baki tiga perlawanan ketika menjadi tuan rumah sekali pada 1955 dan dua lagi perlawanan di gelanggang neutral. Berdasarkan rekod sejarah City memiliki kelebihan ke atas United untuk layak ke pusingan seterusnya.
United yang kali terakhir mengecap kejayaan Piala FA pada 2004 pastinya mahu menang atau sekurang-kurangnya membawa kepada perlawanan ulangan di Old Trafford, manakala City yang menamatkan kemarau trofi utama dengan memenangi Piala FA Mei lalu pastinya mahu mengekalkan piala tersebut. Kita imbas kesemua lapan perlawanan sebelum ini.
1. Newton Heath vs Manchester City 5-1, 03 Okt 1891, Pusingan Pertama Kelayakkan Piala FA, North Road.
Newton Heath hanya diterima menyertai Football League bermula musim 1892/93 dan pada musim 1891/92 mereka hanya menyertai Piala FA sebagai kejohanan utama. Bermain di North Road yang merupakan gelanggang asal Newton Heath untuk berdepan Manchester City.
Dengan jumlah penonton sebanyak 11,000, Newton Heath membelasah City 5-1, dua gol jaringan Farman, dan masing-masing satu gol daripada Doughty, Edge dan Sneddon. Namun laluan mereka terkandas pada pusingan keempat apabila tewas 3-4 kepada Blackpool.
2. Manchester United vs Manchester City 0-3, 27 Mac 1926, Separuh akhir Piala FA, Bramall Lane.
![]() |
Tommy Browell. |
City yang tanpa pengurus juga bergelut dalam saingan liga manakala United berada di tangga keenam. Walaubagaimanapun United tewas 3-0 hasil dua gol jaringan Tommy Browell dan satu daripada Frank Roberts melayakkan City ke perlawanan akhir menentang Bolton. Wanderers menang perlawanan 1-0 untuk menjulang Piala FA.
3. Manchester City vs Manchester United 2-0, 19 Feb 1955, Pusingan keempat Piala FA, Maine Road.
![]() |
Tommy Taylor. |
Walaupun Dennis Viollet dan Tommy Taylor kembali menguatkan jentera serangan namun tidak dapat mengelakkan United daripada tewas dengan jaringan 2-0. City terus beraksi cemerlang dalam kejohanan ini dan layak hingga ke perlawanan akhir namun tewas ke Newcastle 1-3 di Wembley.
4. Manchester United vs Manchester City 3-0, 24 Jan 1970, Pusingan keempat Piala FA, Old Trafford.
![]() |
Brian Kidd. |
Nasib kali ini memihak kepada tuan rumah apabila dengan mudah menewaskan jiran mereka 3-0 dengan dua gol disumbangkan Brian Kidd dan satu lagi oleh Morgan. United layak hingga ke separuh akhir namun kecundang ketika menentang Leeds United, namun Chelsea muncul juara Piala FA musim ini.
5. Manchester United vs Manchester City 1-0, 10 Jan 1987, Pusingan ketiga Piala FA, Old Trafford.
![]() |
Norman Whiteside. |
Nyata ianya berhasil apabila Norman Whiteside menjaringkan gol tunggal perlawanan memihak United. United layak kepusingan keempat bertemu Conventry namun tewas dengan jaringan yang sama di Old Trafford.
6. Manchester United vs Manchester City 2-1, 18 Feb 1996, Pusingan kelima Piala FA, Old Trafford.
Memori tewas 1-0 di perlawanan akhir kepada Everton musim sebelumnya membuatkan United berazam melakukan yang terbaik untuk kempen Piala FA musim ini. Setelah mengenepikan cabaran Sunderland dan Reading United diundi bertemu musuh setempat City pada pusingan kelima.
Dengan Cantona yang kembali daripada penggantungan memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah. United akhirnya berjaya mengatasi City dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Cantona dan Lee Sharpe. United beraksi cemerlang dalam kejohanan ini hingga layak ke perlawanan akhir menentang musuh tradisi Liverpool. Cantona muncul hero apabila menjaring gol tunggal perlawanan lima minit sebelum tamat perlawanan buat United menjulang Piala FA kali kedua dalam masa tiga tahun.
7. Manchester United vs Manchester City 4-2, 14 Feb 2004, Pusingan kelima Piala FA, Old Trafford.
Sebagaimana United memenanginya pada musim 1995/96, mereka sekali lagi diundi bertemu City pada pusingan kelima. Tiga hari sebelumnya United tewas mengejut 2-3 kepada Middlesborough di Old Trafford.
Walaubagaimanapun kali ini United berjaya mengatasi cabaran City apabila mudah menewaskan jiran itu dengan keputusan 4-2. Dua gol Ruud van Nistelrooy dan masing-masing satu daripada Ronaldo dan Scholes cukup membawa United ke pusingan seterusnya. United menewaskan Millwall 3-0 pada perlawanan akhir untuk Piala FA ke 11 dan terakhir.
8. Manchester United vs Manchester City 0-1, 16 Apr 2011, Separuh Akhir Piala FA, Wembley.
![]() |
Scholes dilayangkan kad merah. |
Detik penentu perlawanan hadir apabila Paul Scholes dilayangkan kad merah setelah mengasari pertahanan City Pablo Zabaleta. Yaya Toure muncul wira City apabila menjaringkan gol tunggal dan kemenangan selepas berlaku kekalutan di bahagian pertahanan United. Beliau sekali lagi menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan akhir menentang Stoke City untuk sekaligus menamatkan penantian City selama lebih tiga abad.
No comments:
Post a Comment