Monday, January 9, 2012

Dua gol jaringan Rooney dan Welbeck singkir penyandang Piala FA Manchester City.

Rooney meraikan gol pertama.
     Manchester United diberikan cabaran hebat namun cukup untuk menewaskan seteru setempat Manchester City 3-2 yang bermain dengan 10 pemain, dan layak ke pusingan keempat Piala FA.

     Tandukan Wayne Rooney memberikan pendahuluan buat pelawat, dan beberapa ketika selepas itu pertahanan City Vincent Kompany dilayangkan kad merah setelah melakukan terjahan dua kaki ke atas Nani.

     Danny Welbeck kemudiannya menambah luka City apabila melakukan volley untuk gol kedua sebelum Rooney menambah gol kedua peribadi dan ketiga United, menyudahkan sepakan penalti yang muntah daripada penjaga gol tuan rumah.

     Walaubagaimanapun, pasukan Roberto Mancini bangkit kembali sungguhpun bermain dengan kurang seorang pemain apabila gol daripada Aleksandar Kolarov dan Sergio Aguero hampir-hampir memberikan mereka harapan sekurang-kurangnya untuk perlawanan ulangan.

     United didorong oleh kepulangan pemain midfield Paul Scholes yang kembali daripada persaraan yang bermula daripada bangku simpanan. Anders Lindegaard diturunkan di bahagian gawang sementara Chris Smalling memperkuatkan pertahanan. Welbeck bergandingan dengan Rooney di posisi serangan dengan Javier Hernandez dibangku simpanan manakala Dimitar Berbatov langsung tidak tersenarai.

     Ferguson begitu yakin untuk memasukkan Scholes selepas sejam permainan, namun sentuhan pertamanya menghampakan beliau apabila membenarkan James Milner mencuri bola dan menghantar kepada Aguero untuk menyudahkan gol kedua City sekaligus menjanjikan saingan sengit hingga tamat perlawanan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...