Monday, January 9, 2012

Manchester United diundi bertemu Liverpool di Anfield pada pusingan keempat Piala FA.


     Manchester United telah diundi bertemu dengan seteru tradisi Liverpool dalam pusingan keempat Piala FA selepas mengenepikan jiran mereka Manchester City. Sejarah dendam kesumat antara United dan  Merseysiders semakin meningkat baru-baru ini berikutan penggantungan lapan perlawanan Luis Suarez atas kesalahan mengeluarkan kata-kata kesat berunsur perkauman terhadap pertahanan United Patrice Evra pada bulan Oktober.

     Dan United bertandang ke Anfield untuk antara perlawanan terpenting musim ini selepas menolak tawaran damai Liverpool berhubung insiden Evra-Suarez minggu lalu.

     Namun pemain-pemain daripada kedua pasukan memberikan reaksi positif mengenai undian perlawanan di dalam Twitter. Wayne Rooney berkata: "What a draw for the next round. Another big game. Can’t wait for it already."

     Rakan sepasukan Rooney Rio Ferdinand pula menulis: ­"Liverpool away... what a tie! Great game for the FaCup + our fans! Let’s av iiiiiit! Roll on the 4th round."

     Pemain midfieldf Anfield Charlie Adam menambah: "Great draw man united @ home – that’s the FA Cup."

     Seorang lagi penyerang United Michael Owen juga memberikan pandangan beliau untuk berdepan dengan bekas kelab lamanya. Beliau berkata: "And people talk about United always getting lucky cup draws! Couldn’t get much tougher. What a game to look forward to."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...