Monday, January 9, 2012

Paul Scholes kembali daripada persaraan untuk memperkukuhkan Manchester United.

Paul Scholes ketika sesi memanas badan.
     Wayne Rooney mendedahkan bahawa pemain-pemain Manchester United sendiri tidak mengetahui bahawa Paul Scholes akan kembali dalam pasukan United sehingga beliau tiba dalam bilik persalinan di Etihad Stadium semalam.

     Scholes bermain selama 35 minit selepas mendapat persetujuan pengurus Sir Alex Ferguson membenarkan beliau kembali daripada persaraan dan bemain hingga hujung musim.

     Pemain 37 tahun itu telah terlibat dengan latihan pasukan utama dalam minggu-minggu terakhir ini namun rakan sepasukan menganggap itu hanyalah sebahagian daripada tugasan beliau - bersama pasukan remaja - untuk mencukupkan pasukan.

     Penyerang United Rooney berkata: "Secara jujur ia memang memeranjatkan. Kami tidak tahu hinggalah kami berada dalam bilik persalinan. Ia sangat hebat. Ia pastinya menaikkan semangat setiap pemain. Semua oranga tahu beliau adalah pemain luar biasa dan menunjukkan kualiti dimiliki apabila masuk beraksi."

     Kepulangan Scholes pada mulanya agak gugup dengan memberi bola kepada lawan untuk gol kedua City yang dijaringkan oleh Sergio Aguero. Namun beliau kemudian memainkan peranan penting dalam penguasaan pemainan United pada separuh masa kedua. Selepas tamat perlawanan Ferguson menyatakan kegembiraan beliau dengan kembalinya pemain midfield itu.

     "Beliau datang menemui saya dan menyatakan hasrat ingin kembali beraksi, kerana beliau terasa kehilangan. Tiada apa yang negatif pada pandangan saya," jelas Ferguson.

     "Kesemua pemain lain sangat gembira mengenainya, para penyokong pastinya gembira dan saya juga gembira. Semua orang tahu beliau adalah antara pemain terbaik dalam sejarah Manchester United.

     "Beliau pemain luar biasa dan tidak banyak perbezaan daripada segi kecergasan, yang mana itu sangat penting. Beliau kadang-kadang terlepas tiga atau empat perlawanan disebabkan kecederaan, jadi ia lebih kurang senario yang sama."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...