![]() |
Sir Alex Ferguson menerima penganugerahan daripada Sepp Blatter. |
"Ini adalah satu penghargaan," kata Sir Alex selepas menerima anugerah tersebut di Zurich. "Tidak kira apa anugerah saya perolehi, saya rasa ia adalah penghargaan sepanjang 25 tahun di Manchester United. Mereka sentiasa berkongsi visi dan keghairahan saya. Saya menjadi pengurus yang bertuah. Itu menjadikan Manchester United kelab yang istimewa. Dorongan untuk bermain dan dorongan untuk mencuba dan menang lebih penting daripada segalanya."
Rooney juga tercalon dalam Anugerah FIFA Puskas Award - gol terbaik dijaringkan sepanjang 2011 - gol kemenangan akrobatik ketika menentang Manchester City Februari lalu dan terpilih sebagai calon tiga terbaik. Namun seperti Lionel Messi, Rooney dipintas oleh Neymar untuk gol solo ketika kemenangan 5-4 ke atas Flamengo.
FIFA/FIFPro World XI untuk 2011 hanya menyenaraikan pemain-pemain daripada tiga kelab - finalis Champions League 2011 United dan Barcelona berserta Real Madrid. Senarai penuh seperti berikut: Iker Casillas, Sergio Ramos (keduanya Real Madrid), Gerard Pique (Barcelona), Nemanja Vidic (United), Daniel Alves, Andres Iniesta, Xavi (semuanya Barcelona), Xabi Alonso, Cristiano Ronaldo (keduanya Real Madrid), Wayne Rooney (United), Lionel Messi (Barcelona).
Bagi anugerah tertinggi individu, Lionel Messi menerima FIFA Ballon d'Or atau World Player of the Year buat kali ketiga berturut-turut, sementara pengurus beliau di Barcelona Pep Guardiola menang anugerah FIFA World Coach of the Year.
No comments:
Post a Comment