Thursday, January 12, 2012

Gosip - Manchester United bersedia lepaskan Darron Gibson.


      Pemain midfield Manchester United Darron Gibson dilaporkan menjadi sasaran £2.5 juta daripada Everton.
Pengurus Sir Alex Ferguson telah memberitahu Gibson bahawa beliau boleh meninggalkan United, malah difahamkan telahpun mengadakan perbincangan awal dengan kelab Goodison Park.

     Pemain Republik Ireland itu dikatakan akan meninggalkan United untuk menyertai Sundeland musim panas lalu, namun perpindahan tersebut gagal mencapai persetujuan melibatkan terma peribadi.

     Gibson hanya membuat dua penampilan musim ini setelah berada dalam senarai terkebelakang bahagian midfield Old Trafford. Beliau juga mengalami keretakan tulang metatarsal yang menghadkan peluang untuk beliau beraksi. Pemain 24 tahun itu juga didenda, bersama Wayne Rooney dan Jonny Evans, berikutan isu keluar lewat malam selepas perlawanan dengan Wigan pada Boxing Day.

     Dengan Michael Carrick, Ryan Giggs, Tom Cleverley dan Anderson di depan dalam senarai pemain utama bahagian midfield, juga kembalinya Paul Scholes daripada persaraan, Gibson mempunyai peluang yang sedikit untuk membuktikan kemampuannya di United.

      Gibson perlu bermain dengan kerap untuk meningkatkan peluangnya tersenarai dalam pasukan Ireland bagi menghadapi kejohanan Euro 2012, dan difahamkan berminat untuk berpindah ke The Toffees.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...