Tuesday, January 3, 2012

Alex Ferguson - Wayne Rooney bakal diturunkan menentang Newcastle United.

Rooney menyaksikan perlawanan.
    Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson menyatakan Wayne Rooney bakal disenaraikan dalam pasukan United berdepan Newcastle United malam esok.

     Penyerang itu sebelumnya dilapor digugurkan daripada kesebelasan United yang tewas mengejut 3-2
kepada Blackburn di Old Trafford Sabtu lalu dan dikenakan denda seminggu gaji atas prestasi hambar ketika sessi latihan.

     Beliau dikatakan keluar makan malam pada hari yang sama United menewaskan Wigan 5-0 bersama rakan sepasukan Darron Gibson dan Jonny Evans dan walaupun hadir sessi latihan keesokkan harinya namun mempamerkan aksi sambil lewa semasa latihan tersebut.

     Ferguson hanya menyatakan kecergasan penyerang itu menjadi isu utama dan mengakui kelab sedang berusaha untuk mendapatkan Rio Ferdinand dan Ryan Giggs beraksi di Sports Direct Arena menentang Newcastle.

     "Wayne Rooney sudah pasti bakal diturunkan," Ferguson memberitahu stesen radio Sirius XM.

     "Kami menjalani beberapa sessi latihan yang mana beliau terlepas. Anda perlu cergas untuk beraksi dalam liga ini, anda tidak boleh terlepas latihan.

     "Kami berusaha mendapatkan semula Rio Ferdinand dan Ryan Giggs (untuk perlawanan Rabu ini), yang mana kami percaya boleh memberikan perbezaan buat kami."   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...