![]() |
Macheda dipinjamkan ke QPR. |
Beliau berharap dapat bermain dengan pasukan utama QPR di bawah kendalian pengurus Neil Warnock dengan kelab barat London itu berazam mahu kekal dalam Liga Perdana musim depan.
Macheda akan memakai jersi nombor 33 di Loftus Road dan memberitahu laman web rasmi QPR bahawa beliau berazam mahu beraksi cemerlang di sini.
"Saya tertarik dengan cabaran dan pemain-pemain yang dibawa masuk oleh QPR musim panas lalu," kata Macheda. “Terdapat pemain-pemain hebat di kelab ini sekarang dan saya tidak sabar untuk berlatih dan bermain bersama. Saya juga tahu para penyokong di sini sangat hebat dan ini juga menarik minat saya.”
Pengurus Rangers Warnock gembira mendapatkan khidmat Macheda namun menegaskan bahawa masa depan Macheda masih bersama Manchester United.
"Ini adalah peluang terbaik kedua pihak. Federico tidak akan kerap diturunkan di United disebabkan kualiti pasukan yang mereka miliki." kata Warnock.
"Setiap orang dalam liga pastinya mencemburui apa yang dimiliki Sir Alex di sana, namun apa yang cuba dilakukannya adalah membolehkan Federico (Macheda) mendapat perlawanan dalam liga. Saya yakin beliau masih dalam perancangan masa hadapan mereka."
*sumber - manutd.com
No comments:
Post a Comment