Sunday, January 1, 2012

Phil Jones kecewa dengan kekalahan di tangan Blackburn.

Pemain Blackburn meraikan gol ketiga.
     Phil Jones kecewa dengan kekalahan mengejut kepada Blackburn Sabtu lalu, kerana beliau adalah sebahagian daripada pasukan Rovers yang ditewaskan 7-1 oleh United musim lalu di Old Trafford.

     Bagaimanapun, pertahanan tengah itu menegaskan United akan bangkit daripada kekecewaan tersebut dengan mencari kemenangan di Newcastle Rabu ini. United terlepas peluang memintas Manchester City di persada liga dan Jones jelas kecewa dan tiada siapa perlu disalahkan selain pemain.

     "Kecewa adalah apa yang saya dapat gambarkan untuk hari ini," beliau memberitahu MUTV. "Dan kebetulan pada hari lahir beliau (Sir Alex). Kami tidak beraksi pada tahap sepatutnya dan kami dihukum pada masa pertama. Kami terlalu perlahan, bersahaja dan tidak cukup pantas. Keseluruhannya ia amat mengecewakan."

     Apabila ditanya samada para pemain United bermula dengan tanda-tanda kelesuan, beliau menjawab: "Saya tidak pasti. Anda perlu tanya setiap pemain bagaimana mereka rasa, tetapi dari pendapat saya dan mungkin pendapat pemain lain, kami sepatutnya bermula dengan lebih baik. Namun kami akan bangkit dari sini (kekalahan) untuk perlawanan Rabu nanti.

     "Kecederaan pemain tidak membantu dan itu bukanlah alasan. Kami tidak cukup baik, jauh daripada kemampuan sebenar. Kami perlu bangkit dan cari kemenangan pada perlawanan seterusnya."

*sumber - manutd.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...