Saturday, January 14, 2012

Darron Gibson sertai Everton dari Manchester United.

     Pemain midfield Manchester United Darron Gibson telah bersetuju menyertai Everton dengan kontrak empat setengah tahun dan terus menyatakan keinginan beliau untuk menambah jaringan gol kelab Merseyside itu.

     Pemain 24 tahun itu berpindah ke Goodison Park dengan bayaran yang tidak didedahkan, dan menjadi pemain kedua ditandatangani pengurus David Moyes pada perpindahan bulan Januari selepas Landon Donovan berpindah secara pinjaman dari Los Angeles Galaxy.

     Gibson menjadi sebahagian daripada produk akademi pemain remaja United, menjaringkan 10 gol dalam 60 penampilan untuk pasukan Old Trafford sejak berjaya menembusi pasukan utama pada musim 2005/06. Laporan mencadangkan yuran permulaan perpindahan Gibson dianggar bernilai £1 juta dengan tambahan £1 juta bergantung kepada penampilan.

     "Ini adalah kelab hebat dengan penyokong yang hebat dan saya harap dapat membantu Everton," kata beliau. "Saya rasa saya adalah pemain midfield yang mampu menjaringkan gol dan diharap saya dapat menyumbangkan gol. Saya telah menjaringkan beberapa gol jarak jauh - Saya tidak rasa saya pernah menjaringkan gol dalam kotak penalti - jika ada ia adalah bonus bagi saya. Saya hanya mahu lakukan yang terbaik buat pasukan."

     Gibson, yang dilahirkan di Ireland Utara namun memilih untuk mewakili Republik Ireland, telah beraksi sebanyak 17 kali buat negaranya dan menjaringkan satu gol. Beliau dijangka bukan pemain terakhir tiba di Everton bulan ini dengan pengurus Toffees boss mahu memperkuatkan bahagian pertahanan tengah dan serangan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...