Monday, January 16, 2012

Michael Carrick puji sumbangan Paul Scholes.

Michael Carrick meraikan gol ketiga.
     Michael Carrick memuji sumbangan Paul Scholes ketika Manchester United menewaskan Bolton Wanderers 3-0 dan menyatakan kembalinya lagenda itu telah memberikan semangat baru kepada semua pihak di Old Trafford.

     Scholes menjaringkan gol pembukaan ketika permulaan pertamanya dalam Liga Perdana selepas kembali daripada persaraan sebelum jaringan Danny Welbeck dan Carrick sendiri memberikan kemenangan selesa United ke atas pasukan Owen Coyle yang sedang bergelut dengan penyingkiran.


     Kemenangan ini menjadikan United berkongsi mata di tempat teratas dengan Manchester City namun Carrick mengakui, tumpuan perlawanan Sabtu lalu adalah lebih kepada kepulangan Scholes dan gol pertamanya di  Theatre of Dreams sejak Januari 2010.

     "Ia sesuatu yang hebat untuk menyaksikan beliau menjaringkan gol dan dengan kepulangan beliau dalam pasukan serta mempamerkan kualiti yang beliau miliki, bukan sekadar di atas padang malahan lebih daripada itu," kata Carrick. Ia bagus untuk pemain muda yang tiba pada musim ini; mereka boleh berlatih dengan beliau dan belajar daripadanya sebagaimana kami lakukan sebelum ini."

     United mencipta beberapa peluang terbaik dengan gerakan serangan menarik namun kerap kali dikecewakan oleh penjaga gol pelawat Adam Bogdan, yang mana selain daripada menyelamatkan sepakan penalti Wayne Rooney, beliau juga menafikan cubaan-cubaan bahaya United yang lain.

     Gol pertama akhirnya hadir sebelum akhir babak pertama apabila Scholes yang berada di penghujung gol Bolton dan tidak dikawal dengan mudah menyudahkan hantaran Rooney. Gol kedua menyusul pada minit ke 74 apabila gerakan satu dua Rooney dan Danny Welbeck membolehkan penyerang muda England itu menewaskan Bogdan buat kali kedua.

     Gol Carrick, rembatan lencong daripada jarak 25 ela, juga merupakan gol kedua liga beliau musim ini dan yang pertama di Old Trafford selepas kemenangan separuh akhir Piala Liga Carling ke atas City pada January 2010.

     "Menjaringkan gol adalah bagus. Saya mahu menjaringkan banyak gol dan selagi kami boleh menang walaupun saya menyumbang dengan cara tersendiri, saya cukup gembira. Namun sudah pasti ia lebih hebat jika dapat menjaringkan gol dan menambah sesuatu dalam permainan anda. Ia adalah bagus menyaksikan bola menerjah jaring." tambah Carrick.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...