![]() |
Paul Scholes dan Thierry Henry beraksi pada musim 2002/03 |
Keputusan Scholes untuk kembali daripada persaraan merupakan pengumuman sensasi sebelum kemenangan 3-2 United pada pusingan ketiga Piala FA ke atas City, sementara Henry telah menyertai semula Arsenal untuk tempoh sementara dari pasukan MLS New York Red Bulls, malahan menjaringkan gol dalam penampilan semulanya ketika mengalahkan Leeds United 1-0.
Ferdinand menganggap kedua mereka adalah antara pemain yang paling berpengaruh pernah beraksi di England sejak Liga Perdana diperkenalkan pada musim 1992/93.
"Ia sangat hebat untuk menyaksikan kedua pemain kembali beraksi," Ferdinand memberitahu PA Sport. "Jika saya mahu menyenaraikan lima pemain teratas yang pernah beraksi dalam Liga Perdana, maka Scholes dan Henry pastinya tersenarai.
"Ia hebat buat Arsenal, sudah tentu, sama seperti kami mendapat Scholes kembali. Diharapkan beliau akan membantu kami memenangi beberapa trofi."
Ferdinand juga percaya kembalinya pemain midfield itu akan membantu pemain-pemain muda United, dan menambah: "Ia berita hebat buat kelab dan pasukan. Apa yang lebih penting, buat pemain-pemain muda belajar daripadanya - terutamanya pemain midfield - mereka boleh lihat pemain hebat berlatih.
"Pengalaman beliau amat berharga, serta ketenangan di atas padang dan tahu selok belok permainan. Apabila anda mempunyai pemain sayap seperti kami dan penyerang yang mahu membantu pertahanan dan menyerang, pemain seperti beliau amat diperlukan."
No comments:
Post a Comment