Wednesday, January 18, 2012

Manchester United mahu jadikan Alex Ferguson pengurus yang menerima gaji termahal di England.

Alex Ferguson bersama keluarga Glazer.
     Manchester United dilaporkan dalam perbincangan dengan Sir Alex Ferguson untuk menganugerahkan pengurus yang paling berjaya dalam bolasepak era moden ini dengan kenaikan gaji dan menjadikan beliau pengurus yang menerima bayaran termahal dalam sejarah Liga Perdana.

     Keluarga Glazer mahu memberi penghargaan kepada pengurus paling lama di Old Trafford atas sumbangan dan pencapaian luar biasa beliau sepanjang mereka menjadi pemilik Manchester United sejak 2005. Sir Alex telah ditawarkan £6.5 juta setahun dengan tambahan sehingga £1 juta yang berupa bonus buat setiap trofi yang dirangkul.

     Perjanjian beliau kekal dengan peningkatan tahunan yang dimeterai bermula 2004 namun tawaran baru ini yang melibatkan peningkatan 60 peratus daripada £4 juta setahun akan meningkat ke £5 juta. Struktur tambahan £1 juta bonus kekal dengan tawaran baru ini.

     Pengurus Scotland itu telah pun diberitahu oleh Ketua Eksekutif United David Gill pada Oktober tahun lalu bahawa keluarga Glazer mahu mengiktiraf pencapaian luar biasa beliau, yang mana termasuk trofi Champions League dan empat gelaran Liga Perdana sejak mereka mengambil alih kelab.

     Sir Alex yang merupakan pengurus paling berjaya dalam sejarah bolasepak British, meraikan ulangtahun ke 25 sebagai pengurus di Old Trafford November lalu, telah mengesahkan hasrat beliau untuk kekal bersama United hingga lewat usia 70an.

     "Saya harap saya masih punyai masa," kata Sir Alex dalam temubual semasa hari lahir ke 70 beliau 31 Disember lalu.

     "Selagi kesihatan saya mengizinkan, saya harap saya masih mampu untuk tempoh tiga tahun lagi di sini. Saya masih menikmatinya.

     "Sebagaimana seseorang yang sayangkan kerjayanya, saya tidak mahu usia menentukan masa depan saya. Pada usia saya kesihatan adalah isu utama dalam kerjaya dan saya gembira mengatakan saya masih dianugerahkan dengan stamina dan tenaga yang membolehkan saya berhadapan dengan kerja yang saya akui begitu mendesak."

     Bayaran yang diterima Sir Alex sekarang secara relatif masih kecil berbanding rakan sejawatan lain, yang mana kurang berjaya jika faktor trofi dimenangi diambil kira.

     Kenaikan ini akan mengatasi bayaran yang diterima Arsene Wenger sekaligus menjadikan beliau pengurus yang menerima gaji termahal Liga Perdana.

     Wenger menandatangani perjanjian £6 juta setahun pada 2010 dengan potensi untuk meningkat kepada £7 juta dengan tambahan, dan tidak lama sebelum ini beberapa pengurus dalam Liga Perdana yang menerima bayaran yang sama termasuk Carlo Ancelotti, Rafael Benitez dan Luiz Felipe Scolari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...