Friday, January 20, 2012

Nani dedahkan beliau tidak terlepas daripada 'hairdryer treatment' Sir Alex Ferguson.

Nani bersama Sir Alex Ferguson.
     Pemain midfield Manchester United Nani telah mengakui beliau sentiasa menjadi sasaran 'hairdryer treatment' daripada pengurus Sir Alex Ferguson dan menganggap ia adalah normal.

     Pemain sayap Portugal itu mempunyai peranan besar sebagai pengganti rakan senegara Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Real Madrid dan tahu Sir Alex mahukan yang lebih baik daripada beliau.

     Dan pemain 25 tahun itu beraksi dengan cemerlang sejak itu, menjaringkan lapan gol setakat musim ini, namun bekas pemain Sporting Lisbon itu masih lagi menjadi sasaran 'hairdryer treatment' daripada bosnya.

     Dalam temubual dengan Betfair Facebook beliau berkata: "Saya selalu menjadi sasaran, ia normal. Beliau menjangkakan lebih baik daripada saya, jadi kadang-kadang beliau datang kepada saya dan berkata sesuatu."

     Ferguson terkenal dengan gaya 'man-management' dan Nani menghargai setiap apa yang dipelajari daripada pengurus berusia 70 tahun itu.

     Beliau menambah: "Tiada siapa dapat memahaminya seperti Alex Ferguson. Semua orang di Portugal kenal beliau, dan banyak bercakap mengenai beliau. Semua orang tahu cara beliau bekerja amat menakjubkan dan pemain muda dapat belajar dengan lebih luas."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...