Ryan Giggs yang menjaringkan gol terhebat Piala FA ketika perlawanan ulangan separuh akhir 1999 hanya menyumbang jumlah dua gol. Kita imbas kesemua sepuluh gol yang beliau jaringkan ketika bersama United.
Manchester United vs Arsenal 2-0, 24 Okt 2004, Liga Perdana, Old Trafford - (1 gol)
![]() |
Rooney menewaskan Almunia untuk gol kedua. |
Van Nistelrooy membuka jaringan dengan menyempurnakan sepakan penalti kontroversi apabila Sol Campbell mengasari Rooney. Dennis Bergkamp dan Thierry Henry memiliki peluang terbaik Arsenal namun dinafikan oleh ketangkasan penjaga gol United Roy Carroll.
Rooney kemudiannya dengan mudah menyumbat masuk gol kedua dari jarak 6 ela untuk melengkapkan keputusan di hari ulangtahun beliau yang ke 19. Kemenangan ini mengurangkan jurang mata dengan pendahulu liga Arsenal kepada lapan mata.
Manchester United vs Arsenal 2-0, 09 Apr 2006, Liga Perdana, Old Trafford - (1 gol)
![]() |
Rooney merembat gol pertama. |
Rooney bijak mengawal bola hantaran Mikael Silvestre sebelum merembat bola melepasi Jens Lehmann dan kemudian mambantu mencipta gol buat Park menyudahkannya dari jarak dekat.
Lehmann sebelum itu dua kali menyelamatkan percubaan bahaya Rooney, manakala Kolo Toure dilihat menggunakan tangan untuk menghalang cubaan penyerang United itu daripada menerjah jaring Arsenal.
Penjaga gol United Edwin van der Sar juga menyelamatkan cubaan Robin van Persie. Dengan keputusan ini pasukan Sir Alex Ferguson kembali tujuh mata di belakang Chelsea, yang sebelum itu menewaskan West Ham 4-1.
Arsenal vs Manchester United 2-1, 21 Jan 2007, Liga Perdana, Emirates Stadium - (1 gol)
![]() |
Rooney memberikan gol pendahuluan. |
United berada di depan apabila hantaran rendah Patrice Evra ditanduk masuk Wayne Rooney. Namun Van Persie berjaya melepasi kawalan Gary Neville dan menyudahkan hantaran Tomas Rosicky pada minit ke 83. Dan pada masa kecederaan Henry yang tidak dikawal melompat tinggi untuk menanduk masuk hantaran Emmanuel Eboue daripada sebelah kanan sayap.
Manchester United vs Arsenal 4-0, 16 Feb 2008, Pusingan Kelima Piala FA, Old Trafford - (1 gol)
![]() |
Rooney menanduk masuk gol pertama. |
Rooney menanduk masuk gol pendahuluan daripada jarak dekat hanya selepas 16 minit perlawanan dan Darren Fletcher pula menggandakan jaringan sekali lagi menerusi tandukan hasil hantaran Nani empat minit kemudian.
Michael Carrick membantu mencipta gol ketiga oleh Nani sebelum pemain Arsenal Emmanuel Eboue dibuang padang pada minit ke 48 selepas mengasari Patrice Evra. Nani kemudian membuat hantaran untuk mencipta gol keempat untuk ditanduk masuk Fletcher.
Manchester United vs Arsenal 2-1, 29 Ogos 2009, Liga Perdana, Old Trafford - (1 gol)
![]() |
Rooney sempurnakan penalti gol penyamaan. |
Arsenal pada satu ketika dalam laluan untuk mencatat kemenangan kelima berturut-turut dalam liga domestik dan Eropah selepas rembatan Andrey Arshavin memberikan mereka kelebihan ke atas penyandang juara liga sebelum rehat separuh masa.
Pasukan Sir Alex Ferguson bergelut untuk memberikan impak dalam perlawanan namun kesemuanya berubah apabila penjaga gol Arsenal Manuel Almunia menjatuhkan Wayne Rooney dalam kotak penalti selepas minit ke 59 dan membolehkan penyerang England itu menyamakan kedudukan. Dan kekecewaan penyokong pelawat dilengkapkan dengan jaringan gol sendiri Diaby menerusi tandukan hasil sepakan percuma yang diambil Ryan Giggs di depan Stretford End.
Arsenal vs Manchester United 1-3, 31 Jan 2010, Liga Perdana, Emirates Stadium - (1 gol)
![]() |
Rooney diraikan rakan sepasukan. |
Pasukan Sir Alex Ferguson mempamerkan aksi menakjubkan dengan counter-attack yang hebat, diinspirasi oleh kecemerlangan Wayne Rooney dan Nani. Wenger sebelum itu telah menggariskan betapa pentingnya pertemuan dengan United dalam konteks perebutan merangkul gelaran liga, dan apabila wisel penamat dibunyikan beliau melihat harapan itu berkecai sama sekali.
United hanya satu mata di belakang Chelsea walaupun bermain lebih satu perlawanan, namun cara kemenangan ini dicapai pastinya memberikan mesej bahawa tiada siapa akan merasa mudah untuk merampas gelaran liga daripada meninggalkan Old Trafford.
Manchester United vs Arsenal 2-0, 12 Mac 2011, Pusingan Keenam Piala FA, Old Trafford - (1 gol)
![]() |
Rooney diraikan rakan. |
Fabio da Silva dan Wayne Rooney menjaringkan gol pada setiap separuh masa untuk membawa Manchester United ke Wembley manakala kekalahan ini bermakna Arsenal tersingkir daripada tiga kejohanan utama dalam tempoh dua minggu selepas tewas perlawanan akhir Piala Liga dengan Birmingham dan disingkirkan Barcelona dalam Champions League.
Pengurus United Sir Alex Ferguson, menuntut respon sempurna daripada anak buahnya selepas kekalahan dalam liga dengan Chelsea dan Liverpool. Dan pasukan yang termasuk tujuh pemain pertahanan memberikan keputusan yang beliau idamkan.
Manchester United vs Arsenal 8-2, 28 Ogos 2011, Liga Perdana, Old Trafford - (3 gol)
![]() |
Rooney melengkap hatrik. |
Pasukan Sir Alex Ferguson yang juga penyandang juara liga memberi respon menakjubkan selepas seteru setempat mereka menewaskan Tottenham 5-1 di White Hart Lane, dan Arsenal mencatat kekalahan terburuk sejak tahun 1896.
Wenger menurunkan barisan rombakan pemain akibat kecederaan dan penggantungan - namun ia bukanlah alasan apabila mereka mudah dikuasai daripada segenap sudut padang oleh United.
Wayne Rooney merupakan inspirasi buat United dengan hatrik keenam dalam kariernya di Old Trafford, namun begitu juga Ashley Young yang menjaringkan dua gol cantik jarak jauh. Danny Welbeck, Nani dan Park Ji-sung adalah senarai penjaring lain. Theo Walcott mengurangkan defisit jaringan sebelum tamat separuh masa pertama manakala gol Robin van Persie lewat separuh masa kedua terbukti belum cukup untuk menghalang kekalahan memalukan Arsenal.
No comments:
Post a Comment