1. Wayne Rooney, 10 Sep 2011, Liga Perdana, Reebok Stadium.
![]() |
Rooney meraikan hatrik. |
Rooney kemudiannya menyempurnakan hantaran Phil Jones untuk menggandakan jaringan. Penyerang England itu sekali lagi mengambil kesempatan daripada hantaran pertahanan itu untuk menjaringkan gol ketiga.
Hernandez menjaringkan gol keempat sebelum Rooney melengkapkan hatrik beliau hasil gerakan cantik daripada sayap kanan. Kemenangan ini adalah merupakan kemenangan ke 200 Manchester United di tempat lawan dalam sejarah Liga Perdana - kelab pertama mencapai rekod tersebut.
2. Wayne Rooney, 28 Okt 2006, Liga Perdana, Reebok Stadium.
![]() |
Rooney menjaringkan gol ketiga. |
Rooney memberikan gol pendahuluan United hasil hantaran rakan sepasukan England Michael Carrick. Kemudian beliau menambah jaringan dengan sepakan lencong daripada luar kotak penalti dengan United menguasai perlawanan.
Bolton gagal untuk bangkit dan Cristiano Ronaldo dengan mudah menjaringkan gol ketiga sebelum Rooney melengkapkan hatrik dengan cubaan solo hantaran daripada Darren Fletcher.
3. Ole Gunnar Solskjaer, 29 Jan 2002, Liga Perdana, Reebok Stadium.
![]() |
Solskjaer menanduk masuk gol kedua. |
United bermain dengan pantas dan menguasai serangan terutama di bahagian kiri sayap. Sir Alex Ferguson menurunkan semula David Beckham, Ruud van Nistelrooy dan Ryan Giggs dalam kesebelasan utama dan kesemuanya memberi impak dalam perlawanan.
Giggs menjadi duri dalam daging pasukan Bolton di sebelah kiri, hantaran tepat Beckham menghasilkan gol kedua dan ketiga sementara Van Nistelrooy menjaringkan gol terakhir perlawanan. Diego Forlan - menggantikan Solskjaer 15 sebelum tamat - membuat penampilan pertama dan kemenangan ini membolehkan United empat mata di depan pencabar liga lain.
4. Bobby Charlton, 18 Jan 1958, Liga Divisyen Satu, Old Trafford.
![]() |
Viollet (kanan) dan Charlton. |
Ia menjadi kenyataan apabila mereka membelasah Bolton dengan jaringan 7-2 dengan hatrik daripada Bobby Charlton, dua gol daripada Dennis Viollet dan masing-masing satu gol daripada Duncan Edwards dan Albert Scanlon. Dua minggu kemudian Tragedi Munich menimpa pasukan United semasa dalam perjalanan pulang daripada Yugoslavia selepas perlawanan Piala Eropah menentang Red Star Belgrade dengan lapan pemain utama terkorban.
Dengan baki pemain yang ada termasuk Bobby Charlton, United mara ke perlawanan akhir Piala FA untuk sekali lagi bertemu Bolton namun tewas 0-2 di Wembley sementara laluan mereka dalam Piala Eropah berakhir di peringkat separuh akhir apabila tewas agregat 2-5 dengan AC Milan.
5. Joe Smith , 03 Jan 1914, Liga Divisyen Satu, Burnden Park.
![]() |
Joe Smith |
Pada perlawanan pertama liga yang diadakan di Old Trafford pada 13 September tahun sebelumnya Bolton menang tipis 1-0. Menjelang pertemuan kedua United telah pun mencatat enam kekalahan dalam perlawanan liga.
Ia ternyata satu mimpi ngeri buat United apabila tuan rumah membelasah pelawat 6-1. Joe Smith muncul hero Bolton apabila menjaringkan empat gol manakala George Lillycrop dan Edwards Jones masing-masing dengan satu gol.
Dengan 10 lagi kekalahan dalam liga hingga penghujung musim United hanya menduduki tangga ke 14 dengan juara Blackburn Rovers 15 mata di depan.
No comments:
Post a Comment