Friday, January 13, 2012

Antonio Valencia gembira gandingan dengan Wayne Rooney menjadi.


Valencia dan Rooney.
     
     Antonio Valencia menyatakan beliau tidak sabar dengan peluang untuk menambah jumlah assists selepas kembali ke posisi kegemaran beliau sebagai sayap kanan di Manchester United.

     Pemain antarabangsa Ecuador itu telah mempamerkan aksi serba boleh tatkala United dihantui masalah kecederaan dengan bermain di posisi bek kanan.

     Namun sekarang beliau kembali ke posisi asal yang dilihat dapat lebih banyak peluang buat Wayne Rooney menjaringkan gol - ini dibuktikan daripada gol penting pembukaan menentang Manchester City, dengan  Valencia membuat hantaran untuk ditanduk masuk Rooney.


     "Saya fikir Wayne bermain dengan baik sepanjang musim, benar-benar di puncak prestasi dan sekarang beliau menunjukkan betapa pentingnya beliau kepada kami," kata Valencia memberi pujian kepada Rooney.

     "Apa yang hebat mengenai beliau adalah beliau sangat pintar. Beliau dapat melihat peluang lebih awal dan memberikan bola dengan pantas, jadi ini memberi peluang untuk anda lebih pantas (tempo permainan) dan bertindak dengan tepat.

     "Namun saya rasa saya mempunyai persefahaman yang baik, bukan sahaja dengan Rooney, juga dengan pemain lain seperti Nani, Chicharito dan Danny Welbeck."

     Valencia memberi tekanan hebat kepada pemenang Dimitar Berbatov dalam undian Player of the Month untuk bulan Disember di ManUtd.com, selepas membantu mencipta tujuh gol.

     "Saya fikir apabila anda berjaya membuat hantaran yang baik dan mencipta gol, ia memberikan anda keyakinan," tambah Valencia.

     "Dan saya rasa lebih selesa kembali ke posisi kebiasaan saya. Pengurus (Sir Alex) meminta saya mengisi posisi bek kanan setelah dua atau tiga rakan sepasukan mengalami kecederaan. Saya jelas gembira untuk melakukannya, terutama apabila beliau menyatakan ia hanya buat sementara! Namun saya lebih selesa dengan posisi asal saya."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...