![]() |
Cleverley cedera di Goodison Park |
Pemain midfield itu bermula dengan cemerlang awal musim ini dengan beberapa aksi membanggakan namun tidak dapat meneruskan aksi sejak mengalami kecederaan ligamen buku lali pada 29 Oktober di Goodison Park.
Walaupun Ferguson memaklumkan Cleverley belum bersedia diturunkan buat masa terdekat ini, namun pemain 22 tahun itu menunjukkan kemajuan dalam proses pemulihan.
"Cleverley banyak melakukan larian," dedah Sir Alex. "Beliau belum bersedia disenaraikan dalam pasukan utama buat masa ini namun beliau telah melakukan banyak larian. Beliau adalah dorongan terbaik. Ia sangat hebat mendapatkan semula khidmat Cleverley kerana saya rasa beliau pemain istimewa."
Cleverley bukanlah pemain midfield tunggal yang dijangka kembali beraksi. Ashley Young dan Anderson juga menghampiri kecergasan, dengan keduanya berlatih dengan pasukan utama minggu ini.
"Saya jangka (Ashley) akan mula berlatih pertengahan minggu ini, jadi beliau dalam laluan untuk kembali beraksi. Cleverley masih dua minggu di belakang. Anderson boleh beraksi minggu ini juga. Beliau mula berlatih pada Isnin atau Selasa dan ini memberikan saya koleksi pemain midfield yang bersedia menghadapi saingan perebutan liga.
"Prestasi Michael Carrick amat luar biasa - beliau beraksi cemerlang - dan kami juga mempunyai Giggs, Scholes, Cleverley dan Anderson, jadi kumpulan pemain midfield terbaik yang pastinya membantu kami.."
No comments:
Post a Comment