Monday, April 2, 2012

David de Gea kini bermain dengan penuh keyakinan.

De Gea dengan aksi meyakinkan.
     Sir Alex Ferguson percaya David de Gea kini bermain dengan penuh keyakinan selepas beberapa kesilapan membayangi permulaan karier pemain muda Sepanyol itu di Manchester United.

     Pengurus Scotland itu percaya pemain berusia 21 tahun itu akhirnya berjaya menyesuaikan diri di England menjelang pertemuan dengan Blackburn di Ewood Park.

     Pemain berharga £18 juta yang ditandatangani musim panas lalu dari Atletico Madrid pada awalnya bergelut untuk menyesuaikan diri di Old Trafford, namun dengan enam kemenangan liga berturut-turut (tiga tanpa bolos), Ferguson merasakan sekarang de Gea akhirnya berjaya menyesuaikan diri di kelab baru.


     "Beliau begitu tekad dengan situasi yang dihadapi (menyesuaikan diri)," Sir Alex memberitahu pemberita. "Beliau tidak sesekali membenarkan kesilapan menjejaskan beliau dan sekarang bermain dengan keyakinan yang mana ia adalah faktor hebat seseorang penjaga gol.

     "Permasalahan yang mendapat kritikan adalah bagaimana beliau menangani bola di udara (dalam kawasan kotak penalti). Sepakan sudut Blackburn di Old Trafford (yang membolehkan Grant Hanley menjaringkan gol kemenangan), beliau sepatutnya lakukan lebih baik. Beliau menyedarinya dan berjaya menanganinya."

     Ferguson mengakui De Gea berdepan cabaran untuk menyesuaikan diri dengan Liga Perdana namun menegaskan kelab sentiasa sedar kekuatan beliau.

     "Beliau tidak berganjak daripada situasi; dan mengetahui itu adalah sebahagian daripada cabaran. Ia ambil sedikit masa bagi beliau menyesuaikan diri dengan bolasepak England dan ia terserlah," tambah Ferguson.

     "Pada minggu lalu, beliau mempamerkan satu atau dua aksi tangkas apabila Fulham membuat hantaran ke dalam kotak penalti pada permulaan masa kedua. Kami tahu beliau mempunyai kemampuan dan itulah apa yang kami lihat."

     Kemenangan ke atas Blackburn Rovers Isnin ini akan membolehkan United berada lima mata di depan pencabar gelaran liga Manchester City.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...