Thursday, July 7, 2011

Gosip - Arsenal tolak tawaran £20juta United untuk Samir Nasri.

Samir Nasri
     Arsenal telah menolak tawaran permulaan Manchester United untuk Samir Nasri dan memberitahu mereka tidak akan menjual pemain antarabangsa Perancis itu melainkan menerima tawaran sekurang-kurangnya £25juta.

     United perlu memutuskan samada mereka mahu memenuhi nilai yang diminta dan disertakan dengan pakej kewangan lebih baik, setelah berita mengenai tawaran awal United dua minggu lalu sebanyak £20juta tersebar semalam.

     Kedua-dua kelab telah bersetuju pada masa itu untuk tidak menghebahkan tawaran tersebut terlebih dahulu.

Gosip - Wes Brown bakal ke Sunderland.

Wesley Brown
     Menurut sumber daripada Sky Sport News, difahamkan Wes Brown sedang menjalani pemeriksaan perubatan dan bersedia untuk diumumkan sebagai pemain Black Cats pada hari ini.

     Pemain pertahanan 31 tahun itu telah menghabiskan seluruhan kerjaya bolasepaknya di Old Trafford, menandatangani kontrak seniornya pada tahun 1996 dan membuat lebih 200 penampilan.

Chicharito beri amaran kepada pasukan lawan.

Javier Hernandez
    Javier Hernandez melaungkan amaran kepada Liga Perdana bahawa beliau masih boleh memperbaiki permainan dan terus bekerja keras di Manchester United.

     Pemain Mexico itu kini berehat selepas membantu negaranya muncul juara dalam kejohanan Gold Cup minggu lalu. Beliau menjadi penjaring terbanyak dengan tujuh gol, mengekalkan momentum mengkagumkan dalam musim pertamanya di Old Trafford.

     Keseluruhan 20 gol musim lalu melangkaui jangkaan Ferguson terhadap pemain baru ini dan ia termasuk gol-gol penting.

Wednesday, July 6, 2011

Gosip - Inter buka pintu buat United dapatkan Wesley Sneijder.

Wesley Sneijder
     Manchester United telah diberikan lampu hijau untuk membuat bidaan £35juta buat Wesley Sneijder, setelah Inter Milan mengakui mempertimbangkan untuk menjual pemain itu.

     Usaha Alex Ferguson untuk mendapatkan Sneijder tampak menemui kegagalan setelah bekas pemain Real Madrid itu menyatakan hasratnya untuk kekal di San Siro.

     Namun jurulatih baru Inter Gian Piero Gasperini bersedia untuk melepaskan pemain 27 tahun itu selepas melengkapkan perpindahan £10.8juta Ricky Alvarez dari juara liga di Argentina Velez Sarsfield.

Paul Scholes - Rooney kesal tindakan 'kurang hormat' kepada United.

Scholes dan Rooney
     Percubaan Wayne Rooney untuk meninggalkan United awal musim lalu menunjukkan bahawa beliau telah mula melihat dirinya lebih 'besar' daripada orang-orang sekelilingnya .

     Scholes mengakui bahawa Rooney menunjukkan sikap kurang hormat dalam menghadapi situasi itu, namun beliau percaya pemain 25 tahun itu mampu menyaingi kehebatan Lionel Messi.

Paul Scholes ketepikan cabaran gelaran liga Arsenal.

Paul Scholes
     Lagenda United Paul Scholes mengenepikan cabaran Arsenal untuk perebutan gelaran liga musim depan dan menegaskan falsafah bolasepak Arsene Wenger sebagai sia-sia.

     Pasukan The Gunners akan melapor diri untuk latihan pra-musim hari ini dengan pengurus Perancis itu bakal berdepan cabaran terbesar sepanjang 15 tahunnya di Arsenal. Kelab utara London itu dilihat bakal kehilangan bintang utama antaranya Cesc Fabregas dan Samir Nasri.

Tuesday, July 5, 2011

Antonio Valencia cedera di Copa America.

      Antonio Valencia dikeluarkan ketika perlawanan pembukaan Copa America Ecuador Ahad lalu. Pemain sayap United itu terseliuh kaki kiri (sama seperti kecederaan serius yang beliau alami musim lalu) dan terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama dalam perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan walaupun banyak peluang di pintu gol.

     Pengurus Ecuador Reinaldo Rueda merasakan pemain-pemainnya mendapat layanan kasar daripada pemain lawan dan mahukan lebih perlindungan daripada pengadil.

Monday, July 4, 2011

Gosip - Manchester United masih berharap dapatkan Alexis Sanchez.

     Pengurus Manchester United Alex Ferguson berharap dapat menandatangani pemain sasaran Alexis Sanchez  - jika Barcelona berjaya mendapatkan Cesc Fabregas. Ferguson dan United enggan berganjak daripada tawaran sebanyak £28juta kepada Udinese untuk bintang Chile itu -tetapi impian untuk mendapatkan pemain rebutan kelab-kelab utama Eropah itu mungkin menjadi kenyataan minggu ini.

Trofi Liga Perdana ke Kuala Lumpur.

     Trofi Liga Perdana tiba ke destinasi keenamnya di Kuala Lumpur dalam Siri Jelajah Asia.

     Setelah berada di Hong Kong, Beijing, Shanghai, Jakarta dan Bangkok, trofi berada di Kuala Lumpur menjelang lawatan Edwin Van der Sar pada hari esok.

     Van der Sar yang bersara pada penghujung musim lalu akan menyertai delegasi United di Kuala Lumpur untuk penampilan bersama penaja bersama kelab iaitu TM dan Hublot.

     Beliau kemudian dijadualkan akan ke Singapura pada hari Rabu untuk bertemu peminat dan menghadiri acara-acara yang dianjurkan oleh Nike dan Hublot.

     Selasa ini Van der Sar dijadualkan berada di Menara TM pada pukul 2 petang untuk acara tetutup dan kemudian di Hublot Boutique Starhill bermula 5-7 petang dan terbuka untuk umum.

Saturday, July 2, 2011

Kronologi perpindahan David de Gea ke Manchester United.


27 January 2010 – Agen mengesahkan menerima tawaran.

"Beberapa kelab dalam Liga Perdana bertanyakan mengenai David de Gea terutamanya Wigan yang telah membuat tawaran tetapi ditolak pihak Athletico," kata Mendes. "Roberto Martinez merasakan de Gea bersedia untuk Liga Perdana tetapi Athletico menegaskan mereka mahu de Gea kekal di Calderon (stadium Athletico). Saya tidak bercakap dengan pihak United namun wakil mereka ada mengesahkan minat terhadap de Gea."

3 Februari 2010 - De Gea tandatangan perjanjian baru dengan Atletico Madrid.

"Ia merupakan langkah kehadapan dalam karier saya," kata de Gea. "Saya telah menghabiskan sebahagian hidup saya di Athletico Madrid dan bagi saya ia adalah satu penghormatan dan impian untuk dapat bermain dalam pasukan utama menerusi sistem akademi Rojiblanco. Semuanya berlaku dengan pantas dan objektif saya adalah untuk terus bekerja keras."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...