Thursday, November 17, 2011

Blast from the Past - Ryan Giggs menyertai United dari City.

Giggs bersama bapanya Danny Wilson
     Selepas berpindah ke Salford dalam Greater Manchester, Giggs bermain untuk pasukan tempatan Deans FC, yang dilatih oleh pegawai pencari bakat Manchester City Dennis Schofield. Schofield mencadangkan Giggs kepada Manchester City, dan terus menyertai School of Excellence milik City.

     Sementara itu, Giggs meneruskan aksi bersama Salford Boys, yang layak ke akhir kejohanan Granada Schools Cup di Anfield pada tahun 1987. Giggs menjadi kapten dalam kemenangan pasukan Salford ke atas pasukan dari Blackburn, dan trofi disampaikan oleh ketua pegawai bakat Liverpool Ron Yeats.

Wednesday, November 16, 2011

Terkini - United dapatkan pemain 'wonderkid' berusia lima tahun.

Charlie Jackson ketika beraksi.
     Ramai berpendapat bolasepak adalah permainan lelaki namun Charlie Jackson membuktikan mereka salah - setelah dikenalpasti oleh Manchester United seawal usia tiga tahun.

     Dianggap 'whizkid' dunia bolasepak, Jackson yang berasal dari Denton, memukau pegawai-pegawai pencari bakat United dengan kawalan dan gerakan, dan memiliki ciri-ciri bintang masa depan.

Manchester United terima penggantungan dua perlawanan Nemanja Vidic.

Vidic menerima kad merah.
     Manchester United menerima penggantungan dua perlawanan ke atas kapten Nemanja Vidic dalam Champions League.

     Vidic bakal terlepas perlawanan Champions League United menentang Benfica di Old Trafford Selasa depan berikutan keputusan kelab untuk tidak membuat rayuan ke atas hukuman yang dikenakan UEFA. Beliau menerima kad merah semasa perlawanan dengan Otelul Galati di Romania bulan lalu.

Tuesday, November 15, 2011

Sejarah Jersi Manchester United - Siri 6.

1980-1982 - Jersi Home Manchester United.

Kedai cenderamata United meletakan diskaun separuh harga untuk semua stok yang berjenama Admiral disebabkan keputusan untuk bertukar kepada jersi jenama Adidas. Untuk musim 1980/81, kolar labuh berwarna putih kembali dengan tiga jalur terkenal Adidas warna putih ditambah pada setiap lengan, dan warna merah untuk seluar. Logo Adidas mengantikan Admiral di dada. Nombor di belakang ditulis dengan putih dan merah, gaya sebenar 80-an, walaupun kemudiannya ditukar dengan putih sepenuhnya pada pertengahan musim.

Gosip - Manchester United dan Liverpool bersaing dapatkan Lucas Rodrigues.

Lucas Rodrigues
     Manchester United dan Liverpool dilaporkan bersedia bersaing untuk mendapatkan tandatangan pemain muda Brazil Lucas Rodrigues yang dianggarkan bernilai £20juta.

     United, masih lagi mencari pengganti Paul Scholes yang bersara hujung musim lalu, dikatakan memiliki kelebihan dalam persaingan  mendapatkan pemain midfield 19 tahun kelab Sao Paulo itu.

Michael Owen terlepas aksi hingga Krismas.

Owen cedera ketika menentang Otelul Galati
     Michael Owen bakal diketepika sehingga enam minggu akibat kecederaan otot paha.

     Pemain 31 tahun itu mengalami masalah itu ketika kemenangan 2-0 Manchester United pada perlawanan Champions League ke atas Otelul Galati awal November lalu, namun ia dianggap tidak serius pada mulanya.

Monday, November 14, 2011

Paul Scholes bersedia untuk jawatan pengurusan di United.

     Paul Scholes bersedia untuk menduduki jawatan pengurusan di Manchester United  – dengan ‘bosnya’ Warren Joyce kembali ke Hull City. Pengurus pasukan simpanan Joyce, 46, akan dibenarkan kembali ke Humberside, di mana beliau menjadi pengurus daripada 1998-2000.

     Ini bermakna, pembantunya iaitu Scholes dikatakan akan mengambil alih tempatnya di United. Hull boleh mendapatkan khidmat Joyce tanpa perlu membayar apa-apa pampasan dengan Sir Alex Ferguson mahu menggunakan kesempatan ini untuk menaikan jawatan Scholes sekarang.

Sunday, November 13, 2011

Sejarah Sir Matt Busby - Siri 8.

     Musim berikutnya, masa depan malahan sejarah Manchester United akan berubah buat selamanya apabila United bertemu dengan Kilmarnock dalam perlawanan persahabatan pada Oktober 1953. Sir Matt memutuskan untuk menyenaraikan enam daripada Busby Babes pada perlawanan itu dan kemenangan memihak kepada United 3-0.

Busby Babes

      Selepas kemenangan itu Sir Matt mendapat idea untuk menurunkan kesemua barisan Busby Babes dalam perlawanan liga, pada ketika itu beliau hanya beberapa kali menurunkan satu atau dua pemain untuk perlawanan tertentu.

     Dalam perlawanan Divisyen Satu berikutnya menentang Huddersfield Town pada 31 Oktober 1953, Sir Matt menambah pemain baru seperti Duncan Edwards, Jackie Blanchflower dan Dennis Viollet dalam pasukannya yang telah pun dibarisi pemain muda seperti Ray Wood, Bill Foulkes, Roger Byrne dan Tommy Taylor. Namun United hanya mampu seri 0-0 pada perlawanan itu.

Saturday, November 12, 2011

Sejarah Sir Matt Busby - Siri 7.

     Walaupun United memenangi Piala FA pertama selepas 39 tahun, perhatian Sir Matt terus ditumpukan untuk membawa kejuaraan liga ke Old Trafford. United berada dalam laluan betul apabila menjadi naib juara pada tahun 1947, 1948, 1949 dan 1951, dan mereka memulakan musim 1951/52 dengan penuh motivasi dengan pengalaman saingan merebut kejuaraan.

     Jack Rawley memulakan musim tersebut dengan bergaya dengan jaringan hatrik berturut-turut buat United dalam dua perlawanan pertama menentang West Bromwich Albion dan Middlesborough. Walaupun Rawley dan Pearson beraksi cemerlang, menjelang Disember 1951 United masih di belakang saingan kelab London Spurs dan Arsenal. Namun selepas tanpa kalah dalam 20 minggu, menang 10 daripada 16 perlawanan United berada tidak jauh daripada pencabar gelaran yang lain.

Friday, November 11, 2011

Laporan - 660 juta penyokong Manchester United seluruh dunia.

     Laporan terbaru ke atas pengaruh Manchester United mendapati bahawa kelab bolasepak terkemuka dunia ini mempunyai anggaran 660 juta seluruh dunia, peningkatan 100% daripada kajian yang dilakukan sebelumnya oleh Taylor Nelson Sofres (TNS). Kajian pasaran juga mendapati United adalah jenama keenam terbesar dunia.

     Majoriti kejayaan Manchester United samada di atas atau di luar padang boleh dikaitkan dengan seorang individu sepanjang 25 tahun lalu - Sir Alex Ferguson. Pengurus yang merangkul 37 trofi utama dalam masa suku abad bersama United, telah membawa berjuta-juta peminat seluruh dunia, dengan angka terakhir 333 juta pada penghujung tahun 2007 oleh TNS Market Research. Pada penghujung 2011, angka tersebut meningkat dengan anggaran lebih 660 juta peminat United seluruh dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...