Agen kepada Lucas Rodrigues menegaskan sekali lagi bahawa Manchester United berminat untuk mendapatkan khidmat pemain midfield kelab Brazil Sao Paulo.
Pemain 19 tahun itu secara meluas diakui sebagai prospek terhangat bolasepak di Brazil, dan sudahpun membuat lebih 10 penampilan dalam pasukan senior.
United dan Bayern Munich dikaitkan musim panas tahun lepas, dengan agen Wagner Ribeiro mendakwa kedua kelab pernah berhubung. Beliau juga mendedahkan Inter Milan berminat pada Januari lalu.
Friday, April 6, 2012
Thursday, April 5, 2012
Blast from the Past - Chelsea beri 'Guard of Honour' kepada juara Manchester United.
![]() |
| Guard of honour di Stamford Bridge 2007. |
Sebulan sebelum ini City lima mata di depan United dan perbezaan gol sebanyak 13. Situasi berikut menyebabkan semua pihak melabelkan pertemuan Manchester derby 30 April di Etihad sebagai perlawanan penentu kejuaraan.
Nemanja Vidic - Manchester United tidak hanya bergantung kepada seorang pemain.
Pertahanan dan kapten Manchester United Nemanja Vidic berkata beliau tidak pernah sangsi bahawa rakan sepasukan punyai segala yang diperlukan sepanjang ketiadaannya.
Pemain antarabangsa Serbia itu diusung keluar akibat kecederaan serius ketika kekalahan kepada Basel dalam perlawanan Champions League Disember lalu.
Pada masa itu, kebanyakkan penyokong dan pemerhati bolasepak mula menafikan peluang United untuk merangkul sebarang trofi musim ini, malah tersingkir ke kejohanan Europa League tanpa khidmat kapten mereka.
Walaubagaimanapun, prestasi pemain-pemain seperti Jonny Evans dan David de Gea memastikan pasukan Sir Alex Ferguson tidak merasai kehilangan tonggak dan kapten mereka di bahagian pertahanan.

Wednesday, April 4, 2012
Wayne Rooney idam kejuaraan liga di laman Manchester City.
Penyerang Manchester United Wayne Rooney impikan untuk bergelar juara Liga Perdana di laman seteru setempat Manchester City. United menjarakkan diri dengan pecabar mereka City dengan lima mata berikutan kemenangan 2-0 di Blackburn dengan hanya tujuh perlawanan berbaki.
Dan sekiranya kedua pasukan mendapat keputusan yang sama dalam empat perlawanan seterusnya, United boleh bergelar juara dalam perlawanan Manchester Derby di stadium Etihad 30 April ini.
Situasi tersebut pastinya senario paling tepat kepada United, yang hingga kini masih dihantui kekalahan memalukan 6-1 kepada City di Old Trafford Oktober tahun lalu.

Tuesday, April 3, 2012
Ashley Young - Kemenangan ke atas Blackburn sangat 'besar'.
Ashley Young menyatakan kegembiraan beliau ketika kemenangan Manchester United ke atas Blackburn Rovers dan menyaksikan United menjarakkan lima mata di puncak liga.
Pemain antarabangsa England itu menyifatkan betapa penting kemenangan tersebut selepas masuk sebagai gantian dan menjaringkan gol kedua perlawanan.
Perlawanan terikat dan hampir seimbang (walaupun penguasaan lebih kepada pasukan pelawat) selama 80 minit sehingga Antonio Valencia membuka jaringan, dan lima minit kemudian Young - masuk sebagai gantian - memastikan kemenangan.
![]() |
| Young meraikan gol kedua United. |

Monday, April 2, 2012
Gosip - Manchester United bersedia membuat bidaan £15 juta untuk Kevin Strootman.
Manchester United dilaporkan bersedia membuat bidaan £15 juta untuk Kevin Strootman yang dilabel sebagai "the new Roy Keane."
Pemain midfield PSV Eindhoven berusia 22 tahun itu mendapat sambutan hangat daripada kelab dan negaranya. Beliau telah membuat 10 penampilan bersama Belanda dalam 11 perlawanan terakhir Oranje (terlepas kemenangan di Wembley akibat kecederaan).

David de Gea kini bermain dengan penuh keyakinan.
![]() |
| De Gea dengan aksi meyakinkan. |
Pengurus Scotland itu percaya pemain berusia 21 tahun itu akhirnya berjaya menyesuaikan diri di England menjelang pertemuan dengan Blackburn di Ewood Park.
Pemain berharga £18 juta yang ditandatangani musim panas lalu dari Atletico Madrid pada awalnya bergelut untuk menyesuaikan diri di Old Trafford, namun dengan enam kemenangan liga berturut-turut (tiga tanpa bolos), Ferguson merasakan sekarang de Gea akhirnya berjaya menyesuaikan diri di kelab baru.
Blast from the Past - Rekod perlawanan liga Manchester United di Ewood Park.
Menjelang pertemuan Manchester United dan Blackburn Rovers di Ewood Park Isnin ini, kita imbas rekod United di tempat Rovers. United telah bermain sebanyak 48 kali dalam sejarah liga dan hanya menang 16 perlawanan, kalah 18 manakala 14 keputusan seri.
Dalam sejarah Liga Perdana, untuk 17 musim (musim 1999/00 dan 2000/01 Rovers bermain di Divisyen Satu), United hanya mencatatkan enam kemenangan dengan kali terakhir pada 04 Okt 2008. Dengan baki empat kekalahan dan tujuh seri termasuk dua musim sebelum ini, amat jelas tugasan sukar menanti United di Ewood Park.
Kita imbas kembali enam kemenangan United di Ewood Park sepanjang sejarah Liga Perdana
1. Musim 1994/95.
Blackburn 2-4 Manchester United, 23 Oktober 1994.

United mendapat kemenangan berharga ke atas saingan gelaran liga mereka selepas pertemuan sengit di Ewood Park. Blackburn mendahului 1-0 menerusi Paul Warhurst selepas 13 minit sebelum keputusan kontroversi sejurus sebelum tamat separuh masa menyaksikan Henning Berg dibuang padang selepas mengasari Lee Sharpe dalam kotak penalti. Eric Cantona menyempurnakan penalti.

Bermain dengan 10 pemain mereka bangkit pada awal masa kedua dengan tandukan Collin Hendry untuk kembali di depan. Ia walaubagaimanapun tidak bertahan lama sebelum Andrei Kanchelskis menjaringkan dua gol dan diikuti gol Mark Hughes melengkapkan keputusan jaringan.
Alex Ferguson - Phil Jones bakal kapten Manchester United satu hari nanti.
![]() |
| Jones bersama Ferguson. |
"Beliau sudah pasti bakal menjadi kapten," kata Ferguson. "Tiada kesangsian mengenainya. Saya mengatakan ini sejurus beliau bersama kami dan saya rasa ada keistimewaan tersendiri pada beliau. Beliau beraksi dengan baik hingga mendapat kecederaan dan jangkitan selesema.
Subscribe to:
Posts (Atom)